Saturday, October 27, 2012

Jamming Survival part 4

 Salam Sejahtera! Apa khabar kepada semua pemilik jamming studio dan juga usahawan alat-alat muzik? Harap anda sihat walafiat kerana tanpa kesihatan anda tidak mempunyai kemampuan mencari rezeki yang konsisten.Dah lama I tidak menulis blog dan hari ini I ingin menulis Jamming Survival babak ke-4.
Sebenarnya I baru pulang dari Surabaya ,Ini adalah kali pertama I melangkah ke Indonesia untuk melancong dan bisnes.Boleh dikatakan sepanjang perjalanan I rasa negara Indonesia adalah sebuah negara yang begitu istimewa dan unik.Dengan rakyat Indonesia yang ramah mesra dan sudi menolong pelancong2 asing , I tetap menghadapi sedikit kesulitan.Perjalanan ke Indonesia adalah penuh dengan cabaran dan rintangan.Pertama kerana Indonesia adalah sebuah negara yang besar , kedua ia mempunyai penduduk yang begitu ramai (anggaran 280 juta orang- keempat didunia), ketiga adalah pesaingan yang sengit.
Sesudah sampai di Surabaya kira2 9.30 pagi (12.3.11) , I melangkah keluar di imigrasi Indonesia dan seorang pegawainya tahan I di mesin screening check out lapangan terbang.Dia tanya I apa yang ada di dalam beg besar I .

Saya :kesemua didalamnya adalah aksessori muzik , pak.

Pegawai Imigrasi : boleh kamu buka beg bisa nak periksa beg kamu

Saya : OK , tiada masalah ,pak.

Dia pun cari cari dan tanya I ,

Pegawai Imigrasi : Bisa apa semua ini?

Saya : Bisa gitar tuner , tali gitar , pemutar gitar ,speaker dll

Dia pun ragu-ragu .Dia cari dan tanya lagi,

Pegawai Imigrasi : Apa benda barang emas ini?

Saya : Pak , ini saxophone peniup mulut emas (mountpiece)

Dengan muka yang masam ,dia pun tanya ,

Pegawai Imigrasi : biar betul emas , emas bawa masuk kena cukai ,mas.

Saya : bisa tidak tahu , pak

Pegawai Imigrasi : nampaknya mas datang sini bisnes ya bukan melancong.

Saya : bisa melancong bisa bisnes ,pak .

Pegawai Imigrasi : kalau gitu barang semua ni buatan mana? Malaysia

Saya
: Pak , ini barang semua buatan Negara China.

Pegawai Imigrasi : Kalau begitu bisa kena cukai kesemua barang ini kerana mas datang nak bisnes dan haruslah dikena cukai untuk melindungi produk2 tempatan.

Saya : Yakah , pak.Kalau gitu bisa brapa cukai ?

Pegawai Imigrasi pun fikir sebentar dan dia pun jemput I masuk ke ofisnya.

Pegawai Imigrasi pun introduce I kepada pegawai atasannya , pegawai atasannya mempersilakan I duduk serta memberi sebotol mineral water kepada I.I pun rasa pelik , mereka layan I macam customers dalam ofisnya?

Pegawai atasan : begitulah mas , kita harus cukai barang2 yang ada bawa ke Indonesia dan cukainya adalah 10 % ke atas barang2 yang kamu bawa masuk, berapakah anggaran harga kesemua produk kamu sekarang?

Saya : Bisa tak tahu , mungkin anggarannya US dollar 300-400.

Pegawai atasan : kalau gitu mas kena bayar cukai USD 40 iaitu 400,000 rupiah.

Saya : tergagap dan fikir , hah? {400,000 rupiah macam banyak wang ....tapi I kira2 dalam hati , oh dalam RM 140 sekitarnya}{dengan pusingan 360 darjah I jawab}
pak , tapi barang ini bisa bawa sebagai hadiah untuk sahabat ahli2 muzik di Indonesia.

Pegawai atasan : Begitu ya , ermm......tapi aksesori yang kamu bawa bisa tiada di pasaran Indonesia ,kalau dilepaskan mungkin mas akan jual langsung di indonesia.'

Saya : Tak , pak.Memang setengah2 barang bisa nak tunjuk sebagai contoh dan setengah2 untuk hadiah.

Pegawai atasan
: Kalau gitu , Ok la.Pastikan bisa tidak jual barang ini di komersil

Saya : Ok , Pak.

Pegawai atasan pun mengizinkan I meninggalkan tempat itu tiba2 dia pun panggil I ," Mas, mas ....barang seperti gitar tuner kamu jual brapa? I pun jawab ." bisa jual USD 15 " Pegawai atasan pun kata 'Gitu ya ,bisa nak beli satu dari kamu.Bisa juga bermain gitar .Berpuluh -puluh gitar dirumahku.Tapi tuner ini baru pertama kali aku lihat.Canggih ya." I jawab " bisa tak payah beli , bisa hadiah pak satu biji"
Dia pun rasa segan dan jawab ," ini tak baik , mas.Bisa kene beli jugak." I pun taruk satu biji tuner Fzone di mejanya dan melangkah keluar dari ofisnya .Dia pun ucap terima kasih dan I cakap " Pak , ini adalah hadiah kepada pengemar gitar di Indonesia , sebagai tanda persahabatan Malaysia dan Indonesia" Fulamak power siul.....Pegawai atasan pun ucap "Assalamualaikum"

Disinilah tercetusnya persahabatn diantara pengemar muzik tanahair dan Indonesia dan I difahamkan bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai begitu ramai pemain gitar dan ahli muzik.Bayangkan 280 juta penduduk jika dihitung 10-20 % penduduknya bermain gitar, ini bermakna diantara 28 - 56 juta orangnya yang boleh main gitar.Pasaran yang begitu besar dan hebat.Jumlah ini telah melebihi keseluruhan penduduk Malaysia.
Pada petang I telah tiba di bandaraya Surabaya dan check in di hotel , berehat seketika dan seterusnya menyewa sebuah motosikal dengan kadar R50,000 sehari dan terus ke tempat pembuatan gitarnya di Sodaerjo ,sekitar 2 jam dari airport.Sodaerjo adalah satu perkampungan yang kecil terletak di barat Indonesia .Di dalam perjalanan ke kampung ini yang terletak kira2 200km dari Surabaya ,I lihat begitu ramai pemuda-pemudi berpegang gitar di tengah jalan.Mereka gemar bermain gitar dimasa lapang di mana2 saja di kedai , tepi jalan , tepi sungai.Terdapat juga ramai yang bermain gitar di restaurant , mereka menyanyi kepada pelanggan dan berharap mereka dapat memberi rezeki kepada mereka.
Setelah sampai sini , I bertemu Pak Ariffin , seorang Luthier Gitar yang terkemuka di Indonesia.Beliau pernah membuat berbagai-bagai gitar dari Les Paul ke Stratocaster.Beliau telah mereka dan membuat gitar tanpa apa2 pelajaran yang rasmi dan beliau belajar secara persendirian.Dengan modal R 4.5 juta , beliau membeli barang2 dan mesin2 pembuat gitar dari Germany.Prosedure pembuatan gitar ini adalah begitu rumit dan susah.Bukan senang nak menjadikan sekeping kayu menjadi sebiji gitar , prosesnya melibatkan banyak usaha dan masa.Dari potongan kayu , melicinkan kayu dengan kertas pasir , kraftangan dan ukiran yang teliti dan segala set-up untuk menjadikan ia berkualiti dan solid adalah ciri2 pembuatan gitar yang dipelopori oleh Pak Ariffin.Disini I telah meluangkan masa selama 5 jam melihatnya membuat 'body guitar' dan boleh dikatakan I kagum dengan kegigihan dan ketabahan Pak Ariffin menjayakan proses ini.Sebenarnya proses pembuatan gitar dari mula ke akhir memakan masa selama 4- 5 hari.Proses terakhirnya-pengecatan gitar adalah proses yang paling sukar dimana campuran cat untuk semburan adalah begitu penting dan kalau ada salah silapnya ia akan melumpurkan keseluruhan gitar itu.Disini , Pak Arifin juga tunjuk I kesemua kayu yang digunakan untuk pembuatan gitarnya.Dia menyimpan berbagai-bagai kayu termasuk rosewood, , basswood, mahogany,maple dan sebagainya.Apabila ditanya dengan lebih lanjut , berapakah gitar yang beliau boleh jual dalam 1 bulan , beliau menjawab diantara 3-4 gitarnya boleh dijual dan beliau membuat gitar apabila mendapat wang tempahan.Purata sebiji gitar adalah 2- 5 juta dan ini terpulang kepada quality rekabentuk dan kayu dipakainya.
Selepas melihat beliau membuat gitar , I terfikir satu perkara dimana industri pembuatan gitar ini adalah terhad kerana proses pembuatannya bukan begitu senang dan ramai golongan pemuda engkar menceburi bidang ini kerana tiada ketabahan dan kesabaran diri sepertri Pak Ariffin.Di Indonesia gaji atau upah untuk membuat sebiji gitar adalah rendah berbanding dengan negara2 seperti Jepun , Taiwan ,USA dan Korea dan kualiti gitar buatan Indonesia adalah tidak kalah kepada negara2 moden itu.
Lawatan ke Surabaya , Indonesia telah membuka mata I kerana I berpendapat setiap Insan mempunyai kebolehan dan kemampuan tersendiri , tidak kira hidup di desa atau di bandar.tidak kira kaya dan miskin , dimana ada kehendaknya pasti ada kejayaannya.I juga berharap di tanahair kita Malaysia dapat sentiasa memupuk orang-orang yang mengemar membuat instruments kerana tanpa mereka , industri ini tidak akan berkembang.Sekadar bermain muzik atau menjadi penyanyi idola adalah tidak cukup membawa Industri Muzik ke arena dunia.Kita harus mengalakan lebih ramai generasi muda supaya menceburi di bidang ini kerana bidang ini bisa mempunyai masa hadapan yang cerah.Sekian terima kasih!

Jamming Survival 3

Salam Sejahtera , apa khabar bro? Harap2 semua sihat walafiat.Tanpa kesihatan , bisnes bagus pun tak guna.Ingin I nak bertanya khabar tentang bisnes hang .Adakah bisnes jamming studio anda berkembang? Adakah turn over tiap2 bulan meningkat ataupun sebaliknya.Adakah anda mengambil langkah2 yang drastik untuk mengembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi lagi ataupun anda telah berpuas hati dengan apa yang anda telah capai.Disini ingin I bertanya kepada anda , apakah matlamat anda semasa membuka jamming studio ini? Adakah anda membukanya semata-mata untuk hobi ataupun mengait keuntungan? Kalau sekadar hobi , ini dipanggil bisnes 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' , dimana bisnis ini anda tidak mempedulikan perkembangan ataupun peningkatan prestasi dan pencapaian syarikat dimasa depan.Anda juga tidak mengambil langkah untuk melabur lagi supaya syarikat anda berkembang ke tahap korporat.Anda cuma berfikir untuk maintain bisnes ini tanpa mengambil risiko untuk membelanja wang supaya dapat membolehkan syarikat menjadi korporat.Pada mulanya anda bertekad , bersungguh-sungguh untuk menjayakan bisnes ini tetapi lama-kelamaan anda telah mula bosan. Sikap , hangat-hangat tahi ayam ini yang menutup minda anda supaya terus bergigih dalam bidang ini.Dari pengalaman saya ,ramai di golongan pengusaha jamming studio juga membuka bisnes ini untuk jam sendiri ataupun pun nak kasi member jam.Idea ini adalah tak sebegitu relevan disegi bisnis kerana matlamat bisnes adalah mengait keuntungan dan membina satu empayar atau korporat dalam masa yang singkat.Bisnes adalah sesuatu bidang yang tidak senang diceburi.Ia perlu konsisten dan disiplin yang begitu tinggi.Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan.Kalau ianya senang , Malaysia akan dilimpah berjuta-juta orang jutawan dan tiadalah orang miskin dimuka bumi.
Oleh kerana , idea 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' ini tidak dirasai oleh setengah2 penguasah jamming semasa membuka syarikat ini , tetapi impaknya adalah begitu besar sampai boleh membinasakan syarikat anda.Berapa kali anda berfikir untuk membeli aksesori2 muzik yang berkualiti untuk menaik taraf jamming studio anda, supaya kawan2 dan pelanggan2 anda boleh bermain dengan puas hati? Adakah anda berfikir jika aksesori ini rosak, adakah kawan2 dan pelanggan2 anda mengantikannya secara sukarela?Jika mereka enggan mengantikannya, Untuk mengatasi masalah ini anda tak perlu mengantikannya dengan jenama yang branded sangat, sekadar ada bunyi keluar dah cukup la...lol! Bukan kata kita tak pentingkan kualiti atau mutu bisnes jamming tetapi setengah2 pelanggan tak 'deserve' mendapat barang2 yang bermutu tinggi kerana mereka langsung tak sayang atau prihatin dengan barang2 anda.Oleh sebab itu ,bisnes ni kena ada sekurang-kurang 2 bilik jamming, dimana satu sewa murah-ciplak punye barang , satu sewa mahal -barang bermutu.Kalau boleh jangan kasi drum stick , biar mereka beli krana kerap kali mereka patah drumstick tapi tak mengaku.Menjual drumstick juga dapat menjana pendapatan kepada bisnes anda.Cubalah anda mengambil langkah pertama untuk merealisasikan 'musik showroom' supaya ia dapat memberi anda lebih rezeki lagi.Jangan sekadar bergantung kepada pendapatan sewa aje, kerana ini memang tak dapat menambung anda.Selagi tidak membuka minda dan mencuba ambil risiko untuk melabur dalam muzik showroom , anda tak mungkin berkembang bisnes anda menjadi korporat disuatu hari kelak.Renunglah.

Jamming Survival 2

Salam Sejahtera! Apa Khabar semua? Saya harap hang sihat walafiat.Adakah artikel 'Jamming Survival part 1' dapat memberi panduan kepada anda semua untuk terus bergiat dalam bidang -Jamming Studio? Adakah cara- cara yang saya kemukakan , hang dah bermula strategi untuk memberi peluang kepada Konsep 'Jamming Survival'? Ataupun hang masih duduk disana berangan-angan menjadi berjaya tanpa melakukan apa2 perkara yang drastik.
Sebenarnya setiap orang mempunyai kebolehan masing2, cuma apa yang membezakannya adalah implikasi terhadap sesuatu perkara.Setiap usahawan kena mempunyai prinsip2 yang kukuh iaitu memberi satu visi atau target untuk sesuatu perkara.Contohnya jika sesuatu budget telah ditetapkan untuk membeli sesuatu produk maka budget itu kena digunakan dengan sepenuhnya apabila tariknya matang.Tetapi adakah anda berfikir , apa produk yang dapat menjana pendapatan dengan pantas? Contohnya kalau mu beli produk A dengan modal bernilai RM 500 dan mu akan menjualnya dengan RM 700 , maka keuntungan RM 200 untung bersih telah berlaku.Apabila keuntungan bersih berlaku , produk yang telah dijual kena di stok up lagi.Dengan secepat mungkin produk A kena ada dikedai untuk kali kedua kerana produk A yang telah dijual telah menjadi bahan publisiti atau reference kepada orang ramai.Bila produk A telah dijual ditangan pelanggan, ia akan menjadi satu promosi dipasaran.Jika produk A tidak di stock up , maka produk A telah dijualkan denga sia-sia walaupun mempunyai keuntungan RM 200 kerana keuntungan ini tak akan menjadi berpanjangan kerana produknya tidak di stock up dengan konsisten.Ada besar kemungkinan pelangan2 lain akan kembali membeli produk A kerana mereka melihat produk A di pasaran.
Selain daripada itu , anda kena memastikan bahawa perlaburan untuk membeli produk bukannya semata-mata untuk menjadi barang sewaan.Ia boleh disewa dan dijual.Dengan ini produk akan menjadi profit turn over dengan cepat.Segala produk di jamming studio boleh disewa dan dijual kerana produk dijamming studio telah menjadi display set yang complete.Sekira pelanggan nak beli maka mu kena ambil stock dari supplier tanpa menjual set di dalam studio.Ini juga satu cara yang dapat konsep 'win win situation'
Oleh itu konsep 'Jamming Survival' ini mempunyai banyak aspek untuk menjadikan anda berjaya dibidang ini selain dari menyewa alat-alat instruments.Sekira anda sebarang pertanyaan , sila talipon I di 019-2212595.I sudi menolongmu sampai berjaya.Rock and Roll!Sekian Terima Kasih.,

Thursday, August 30, 2012




Salam Bro! Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 55. Sebenarnya hari yg mulia ini adalah hari utk memperingati seluruh rakyat Malaysia supaya jangan berulang lagi peristiwa dimana negara kita dijajah oleh orang asing berulang kali selama beratus ratus tahun nya.Kermerdekaan bermakna bukan sahaja merdeka dan bebas dari segi politikal dan fizikal, kita juga harus bebas dari segi psikologi dan minda dimana kit
a tak akan mengagung agungkan negara negara yang pernah menjajah kita.Kita rakyat biasa (kelas rendah & tengah)adalah patriok sejati dimana kita berkhidmat ,bekerja dan belanja di dalam negara dan segala pendapatan, idea2, tenaga kita menyumbangkan ke arah domestik negara , kalau dibandingkan dengan setengah2 ahli politik negara dimana mereka asyik hantar anak2 ke Universiti UK la US la Europe la, melabur dan mempunyai bisnes di UK la US la Europe la dan juga menyimpan byk wang di UK la US la Swiss la , seperti mana yang saya tahu , saya dilahir selepas merdeka , semasa kanak2 kita tak membeza beza kan kaum dimana ramai rakan2 saya adalah dari kaum yang berbeza seperti Melayu , India, Iban, Sikh dan lain2 tetapi dalam peningkatan umur saya, saya dapati banyak pengaruh dari org2 politik yg sentiasa berpidato dan suka mengaitkan isu isu perkauman yang memecah belah kan minda saya yang begitu muhibah .Setiap kali saya dengar mereka berkata seperti -orang cina dan india pendatang la, ketuanan melayu la , orang cina dan india pengkhianat la ...adui! kata2 ini lah yang membakar hati rakyat jelata yang begitu baik hati dan penyayang dimana sedikit sedikit unsur2 ini akan meresap di dlm minda kita.Apa beza nya jika mereka asyik mencari kelemahan dan perkara negaif utk bicara? kenapa tak bicara isu isu seperti bagaimana tiga kaum bergabung utk menghalau penjajah British dan ketiga tiga kaum ini membangkita menentang British dengan cara yg aman dan tidak melibatkan apa2 pertumpahan darah seperti yg dialami di negara jiran seperti Filipin,Indonesia, Myanmar, Cambodia dan Vietnam?Kita harus memilih topik yang positif berlandaskan sejarah bukannya tiap2 hari mencari perbezaaan dan kelemahan masing2.Saya rasa ini adalah tidak wajar sama sekali kerana lama2 ia akan mengundang banyak perkara yg tak baik akan berlaku seperti campak kepala babi di Masjid la, campak lembu di kuil org India la, org Kristian ingin menjadikan negara Malaysia sebagai negara Kristian la, Adoi saya rasa ini semua tak releven kerana didalam perlembagaan Malaysia terang2 menyatakan negara islam adalah agama rasmi dan tiada siapa2 yg mempertikaikannya kecuali ia dimulakan dan disokong oleh org2 politik nya sendiri.Renung la kata2 saya ..............kantoi ....Merdeka!

Monday, May 28, 2012

New Arrival of Shredder Electric Guitar

                                                       Shredder Castor RM 920

                                                       Shredder Darkness
             
                                                       Shredder DragonFR RM 1490

                                                       Shredder Exo FR RM1090

                                                      Shredder Exo FR RM1090

                                                       Shredder Fire RM 1350

                                                       Shredder Girl RM 820

                                                       Shredder Cobro hammer RM 1250

                                                      Shredder Cobro hammer RM 1250

                                                       Shredder Hero RM950

                                                       Shredder Hero RM950

                                                       Shredder Legend Les Paul RM 890

                                                       Shredder Legend Les Paul RM 890

                                                       Shredder Legion RM 1590

                                                          Shredder Legion RM 1590












Friday, January 13, 2012

Salam 2012 !














Salam diucapkan kepada semu pengikut blog Guitar Empire dimana saya telah lama tak update kerana sibuk menguruskan renovasi kedai baru kami yang sebesar 15,000 kaki persegi. Saya denga rasa lega dan berbesar hati kerana saya telah sukses menyelesaikan renovasi kedai kita.Sekarang kita telah menjadi kedai musik yang terbesar di Kuala Lumpur dan kita juga mempunyai perkhimatan on stage recording , music cafe (food and beverage) , jamming studio , music shop franchise dan peralatan sound proofing.Sekarang kita mempunyai lebih kurang 500 murid musik dan angkja ini akan tetap berkembang dan meningkat!

Friday, December 16, 2011

New Guitar Empire







































































Salam!

Kepada semua pengikut2 blog Guitar Empire.Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lama tak update blog ini.Kerana renovasi dan pindah kedai ,saya telah abaikan blog ini ....aduh hai.Harap sekalian boleh memahami saya kerana saya terpaksa kerje sampai siang pagi pukul 5 .Seksa nya ! Tapi sekarang saya dengan bangga nya mempersembahkan -The New Guitar Empire.......saya akan ceritakan lagi denga lebih terperinci bagaimana saya telah memulakan project -relocation saya dengan masa yang begitu singkat dan pendek kata-memang superman dan ironman la....hehehe :-) Ini lah gambar2 terbaru kedai the New Guitar Empire!