Sunday, May 9, 2010

Chord colorful acoustic guitar


























This economical acoustic guitar is a perfect gift for yourself or your friends.
Chord has made this guitar for the availability to all guitar beginner who wish to start guitar lesson with a minimum budget.I must say this guitar is not perfect but it can helps you in practising.This guitar is made of laminated plywood with glossy color , plastic machine head , cut away , 18 frets with stainless steel string.The fret is low and it is easy to strum or even pluck.If u are a beginner , try this guitar as a starter but do not discriminate any cheap guitar whenever you have no budget and remember that all the cheap guitars had contribute a lot for the guitar industry out there.This guitar is a stepping stone for people who don't understand guitar but yet will purchase it because of the economical price.This guitar is made of laminated plywood with glossy color , plastic machine head , cut away , 18 frets with stainless steel string.The fret is low and it is easy to strum or even pluck.This is price from RM 110 -RM 150 .So guys , what are you waiting for? Grab one now!

Friday, May 7, 2010

Jamming Survival (Part 1)


Salam Sejahtera kepada semua pemilik 'Jamming Studio' di Malaysia.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan 'die hard' yang menyokong konsep
'Jamming Survial' dari tahun 2003 hingga sekarang.Apa itu 'Jamming Survival'? Konsep ini telah diilhamkan oleh saya dan rakan kongsi untuk melancarkan satu program dimana pengurus-pengurus 'jamming studio' boleh menjanakan lebih pendapatan di 'jamming studio' mereka.Konsep 'Jamming Survial' telah menyelamatkan ramai pengurus jamming studio dari gulung tikar.Bukan sekadar menyelamatkan ia malah juga dapat mengembangkan business anda ke suatu tahap yang lebih baik dan produktif.Biar saya ceritakan pengalaman saya sebagai seorang pengurus 'jamming studio'. Saya dan rakan kongsi pernah membuka 'jamming studio' pada tahun 2004 di Seri Petaling dan kita cuma mengguna modal sebanyak RM 20,000 untuk memulakan business ini.Kita mempunyai 2 studio dimana kita cuma pakai equipment yang murah dan sound proofing kotak telur bukannya carpet atau solid wooden with double layer door.Kita tidak membelanjakan wang yang banyak untuk membuat ubahsuai.Banyak pengubahsuaian adalah dibuat dengan tangan sendiri untuk meminimakan kos.Bila hampir siap kita pun cetak flyer dan banner untuk membuat promosi dan kempen kepada orang ramai.Kita charge RM 20 dan RM18 sejam.Bila business ini bermula , saya dan rakan business saya terus bertekad untuk mengembang bidang jamming studio ini.Setiap hari kita dapat diantara 3 hingga 6 jam .Ramai jugak customers datang jam.Kadang-kala timing pun banyak clash.Masanya tak tentu.Kita buka tiap-tiap hari dari pukul 12 petang ke 2 pagi.Selama 14 jam kita berkerja dan kita akan bertukar shif pagi dan petang.Hari-hari kita berkerja dengan rajin tetapi sampai bulan ke-empat , kita pun rasa bosan dan letih kerana masa kerja yang panjang , pelanggan yang tak munasabah , kena pergi KL beli aksesori yang rosak , kena jawab telefon pada tengah malam , sakit hati tengok pelanggan yang suka membuat hal, rosakkan barang studio , pelanggan janji datang tetapi tak datang, kena uruskan kacau bilau ,mat rempit buat kotor studio , lanyak cymbal ,drumstick pecah dll.Selepas 6 bulan kita tak bermaya menerajui jamming studio ini lagi.Ia juga tidak mendapat pulangan yang menguntungkan.

Wang yang kita dapat juga tak begitu memerangsangkan.Kita dapat purata
RM 150 sehari dan kalau didarabkan 30 hari maka kita cuma dapat RM 4500 sebulan.Kalau ditolak dengan sewa , gaji , elektrik ,air , maintanence dll. Ia cuma tinggal RM2500 se bulan.
Maka kalau nak buat satu pengiraan -keuntungan
RM 2500 sebulan dan modal RM20000 ini adalah persamaan kepada 8 bulan kita dapat balik modal kita.Itu sudah memadai kalau berbandingkan dengan business lain yang mungkin mengambil masa 1-2 tahun untuk mendapatkan modal kembali.
Dengan itu kita mula mengembangkan business untuk menjual gitar.Kita membelanjakan
RM 2000 untuk stock up 10- 15 biji guitar.Kita mempamerkan gitar di jamming studio kita dan dengan budak jamming yang keluar masuk , maka mereka telah menjadi second batch of customers iaitu 'retail customers' -mereka sewa dan beli , dengan itu 'turn over' kita menjadi lebih banyak.Setiap hari kita untung lagi RM 200 daripada penjualan gitar-gitar tersebut.Oleh itu kita mula menggandakan gitar-gitar tu menjadi 20 -30 biji untuk display.Dengan penggandaan sebegini maka untung penjualan pun berganda ke RM 400 dan dengan sewa jamming RM 150 , kita telah berjaya mendapat untung RM 550 sehari dan RM 16500 sebulan.

Kita mula melabur dengan lebih banyak lagi.Dari
10- 15 biji gitar jadi 1000 gitar.Cuma dengan penjualan saja yang dapt menjanakan pendapatan dengan cepat.Apa yang saya nak sampaikan adalah , kita seharusnya mengambil kesempatan dimana budak-budak jamming yang datang ke kedai kita setiap hari untuk memaksimumkan keuntungan kita.Asset yang terbesar untuk 'jamming studio bukanlah equipment seperti Marshall , Fender ataupun gitar-gitar kita, tetapi asset terbesar kita adalah kaki2 jamming yang keluar masuk ni.Merekalah asset yang terbesar dimana mereka akan membelanja dikedai kita dengan konsisten.Jika kita tiada produk untuk mereka belanja maka mereka hanya membayar apa yang didepan dimata mereka iaitu sewa jamming studio.Setiap kali mereka datang mereka membelanja RM 5 seorang.Mereka tak dapat belanja ratus-ratus kerana kita mempunyai produk untul dijual.Jangan lepaskan keuntungan penjualan gitar ini , padahal mereka akan membeli gitar disuatu hari yang kelak.Jika kamu tidak berubah atau berkembang ,maka mereka akan memberi keuntungan kepada orang lain.

Pengalaman sebegini ingin saya berkongsi dengan anda semua supaya anda juga akan menjadi usahawan gitar yang terkemuka dinegeri kamu.Konsep
'Jamming Survival' adalah satu idea yang betul-betul menjadi batu loncatan dalam bidang ini.Konsep ' Jamming Survival' akan memberi anda peluang keemasan untuk menjadi lagi establish.Dengan stock up 10- 15 gitars ia dapat menghiaskan lagi dhowroom disamping bole membuat pengjualan langsung kepada kaki2 jamming. Jangan bazir masa lagi kerana anda akan kehilangan setiap saat yang tak akan berulang lagi.Bertindak sekarang sebelum lebih ramai orang lagi yang membuat demikian.Bidang ini masih mempunyai ruang dan opportunity yang luas dimana tak ramai orang bergiat dibidang ini berbanding dengan bidang2 seperti handfon , cafe , kedai runcit dan sebagainya.Siapa cepat dia dapat.

Jika anda ingin mencontohi saya , anda kena bermula dari sini dan jikalau anda mampu membelanja
RM 1500 untuk stock up gitar-gitar dan realiti untuk menjadi usahawan gitar akan menjadi kenyataan kelak.Dengan ini ingin saya menyampaikan pantun kepada saudara dan saudari sekalian sebagai tanda hormat diatas sokongan anda selama ini:

Di Kuala Kangsar kebunnya berbaja,
Pekebun rajin bertanam durian ,
Kerana keluarga dia membuat apa saja,
Semoga hidup sekeluarga nyaman dan aman.

Nak buka 'jamming studio' bukannya senang,
Business yang rugi kerana tak buat semakan,
Seperti tanam durian, memang tak senang,
Jangan pokok berbuah orang lain pula yang makan.

Renunglah pantun yang saya cipta ini.Semoga ia juga memberi ilham kepada anda semua untuk terus berkembang didalam bidang ini.Kalau saya dapat melakukannya dengan membuat langkah pertama untuk stock
10 -15 gitar , anda juga dapat berbuat demikian.Kini gitar dikedai saya telah mencecah 1000 gitar , keyboard, violin , cello , viola dll.Kita telah sukses menjadi gitar supplier di semenanjung dan Sabah Sarawak.'Jamming Survial' cuma adalah satu konsep yang begitu mudah untuk dilaksanakan.Cuma membelanjakan segelintir wang untuk stock up gitar dan kamu pasti berjaya.Contohnya kalau budget kamu untuk beli drum adalah RM 3500 , dari sini kamu kurangkan budget drum ke RM 2000 dan baki RM 1500 kamu stock up 10-15 biji gitar.Itu saja , ia tak melibakan extra budget .Cuma guna budget yang sama untuk dapatkan barang2 yang lebih.Gunakan tapak jamming studio kamu untuk memaksimumkan keuntungan sebelum kaki2 jamming membelanjakannya dikedai gitar lain.Jika buka kedai jamming alang-alang buat sales jugak la.
Jikalau kamu ada sebarang pertanyaan tentang
'Jamming Survival', kamu boleh hubungi saya di talian 019-2212595 atau layari laman blog : http://mamatreble.blogspot.com dan saya sedia memberi anda nasihat dan panduan untuk mengembangkan business jamming studio anda.Selamat Maju Jaya dan Salam Satu Malaysia.Sekian Terima Kasih.