Friday, December 16, 2011

New Guitar Empire







































































Salam!

Kepada semua pengikut2 blog Guitar Empire.Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lama tak update blog ini.Kerana renovasi dan pindah kedai ,saya telah abaikan blog ini ....aduh hai.Harap sekalian boleh memahami saya kerana saya terpaksa kerje sampai siang pagi pukul 5 .Seksa nya ! Tapi sekarang saya dengan bangga nya mempersembahkan -The New Guitar Empire.......saya akan ceritakan lagi denga lebih terperinci bagaimana saya telah memulakan project -relocation saya dengan masa yang begitu singkat dan pendek kata-memang superman dan ironman la....hehehe :-) Ini lah gambar2 terbaru kedai the New Guitar Empire!

Wednesday, November 2, 2011

Laney Amplifier Clinic and Performance by International Guitarist Jack Thammarat





























Laney Amplifier Clinic and Performance by International Guitarist Jack Thammarat at GUITAR EMPIRE/MAMA TREBLE CLEF STUDIO on 11th November 2011 at 2.30pm to 3.30pm .We welcome everyone to attend this guitar clinic.Laney Amplifier Clinic and Performance by International Guitarist Jack Thammarat at MAMA TREBLE CLEF STUDIO on 11th November 2011 at 2.30pm to 3.30pm .We welcome everyone to attend this guitar clinic.



Venue : Guitar Empire /MAMA TREBLE CLEF STUDIO



Address : 3101 , 3rd Floor Endah Paraede Seri Petaling Carefour near Bukit Jalil Stadium



Time : 2.30pm -3.30pm



Tel : 019-2212595 /012-3201250/03-95432201



Rock on baby! See you there !














Sunday, September 25, 2011

Guitar Empire venture into soundproofing ,sound insulation and shop renovation

























































































Salam Sejahtera diucapkan kepada semua rakan2 seperjuangan I di bidang jamming studio dan kedai muzik.Sepanjang tahun ini , I telah bertemu dengan ramai usahawan yang telah membeli alat2 instrumen dari Guitar Empire dan mereka telah berusaha untuk memajukan jamming studio mereka dan dalam tempoh mereka bisnes mereka telah melaui berbagai rintangan dan nasihat I kepada mereka adalah jangan berputus asa.Tetapi malangnya ada yang telah berhenti beroperasi dan venture ke bidang lain seperti restoran , cafe ,akaun dan lain2.Hakikat yang mereka telah berputus asa kerana rezeki yang diperolehi dari jamming studio tidak dapat menampung keuntungan.Di antara 10 orang usahawan yang bermula operasi hampir 50% telah gagal dan 50% telah berjaya kerana mereka berani dan bijak mengusahakan kedai jamming mereka.Seperti mana yang telah i telah jelaskan , menguasahakan kedai jamming sepatutnya mengunakan theori 'Jamming Survival' iaitu membuka sebuah kedai jamming yang berasakan berbagai bidang iaitu - jamming studio , kursus muzik , penjualan alat2 muzik.Jika seseorang usahawan itu enggang membuka minda dan daya kreativitinya untuk mempelbagaikan bidangnya di kedai jammingnya maka pendapatannya adalah terhad dan tidak dapat berkembang dan turn overnya adalah terhad.I telah cubo sedaya upaya untuk menjelaskan konsep 'Jamming Survival ' tetapi yang akhirnya terpulanglah di tangan usahawan dan impilikasinya.Kita akan bercakap jujur tentang bisnes ini dan realitinya mungkin tak sedap didengar akan tetapi nasihat kita betol2 mendukung bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi lagi .Usahwan2 yang percaya kepada kita , maka berjayalah mereka dan disebaliknya mereka yang berkeras kepala ,mereka akan menemui berbagai rintangan dan pergolakan.Sepertimana yang I jelas kan , mempelbagaikan bidang supaya rezeki dapat masuk dari semua penjuru , ini adalah penting kerana pelbagaikan bidang seperti , kursus, penjualan,sewa,persembahan dapat cover kesemua over head.




Pada 12.9.2011 Guitar Empire telah berpindah ke kedai sebesar 13,000 kaki persegi.Dan ini telah meletakkan Guitar Empire menjadi sebuah kedai muzik yang ketiga besar di Malaysia.Selain dari menjual alat2 instrumen ,Guitar Empire juga berkembang menjadi sebuah muzik kafe dimana adanya pentas untuk ahli2 muzik tempatan membuat persembahan dan selain dari itu kita juga memberi khidmat nasihat untuk mengendali kedai2 jamming dan kedai muzik.Kita juga memberi khidmat renovasi dan juga soundproofing untuk kedai2 baru seperti membuat partition, cermin, kalis bunyi , pintu ,decoration wall dan sebagainya.Kita telah mengimport barang seperti slatwall untuk gantung gitar , acoustic fibre panel , MDF deco wall , gypsum board , rock wool dan lain2.Kita telah menjadi one stop centre untuk usahawan2 yang ingin venture dalam bidang jamming studio dan kedai muzik.Pakej2 yang kita berikan adalah begitu istimewa dimana kita tolong usahawan muda untuk bermula bisnes dengan kadar yang begitu ekonomi sekali kerana segala barang2 renovasi dapat diperolehi dari Guitar Empire.Jika anda ingin bermula di bidang ini , sila beranikan diri dan percaya kepada kita kerana kita akan tolong anda berjaya dibidang ini.Renovasi kita akan siap pada Oct 15 dan mula beroperasi pada akhir October atau November 2011.Semua dijemput hadir dan kita akan mengumumkan tarikh launching kedai Guitar Empire yang baru.Sekian terima kasih!

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri !

Selamat Hari Raya AidilFitri Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin from Guitar Empire & Mama Treble Clef STudio!

Tuesday, August 2, 2011

REVIEW: Jaxville Custom Series II Electric Guitar Package

INTRODUCTION
Guitars come in all different shapes and sizes, forms and colors - and is arguably the most personalized musical instrument of all time. They also come in all sorts of price ranges as well, depending on the player, experience and budget. Today's review will take a look at the new range of guitars from the brand Jaxville; Demon, Hades, and Zeus. Basically a guitar catered to the entry-level market, each guitar is adorned with high-quality airbrushed images which make for a stunning display on stage or in the studio.

OVERVIEW
The Jaxville Custom Series II guitars are distinctive designer guitars with a penchant for the stage. There are 3 "themes" to choose from: "Demon" showcases a red-and-black theme of flames, "Hades", named after the Greek god of the underworld depicts a shadowy figure in the moonlight, and "Zeus", the King of Gods, has lightning bolts splitting the guitar apart. Each guitar is finished in hi-quality gloss finish, with matching headstock and neck. All guitars are based on a Fender design, with three single-coil pickups and a rosewood neck, 22 frets each. The review unit was packaged with a 10-watt amplifier, a soft case and an instructional DVD.

FEATURES

Construction: Bolt-on

Body: Basswood

Neck: Maple

Fingerboard: Rosewood

Hardware: Chrome, covered

Controls: 1 Volume, 2 Tone, 5 way pickup selector switch
Frets: 22

Pickups: S-S-S

Bridge: Synchronized Tremolo

Pickguard: Black

Finish: Hi-gloss

Each guitar features a 5-way selector switch, two tone controls and one volume control to shape your sound. Every inch of the guitar is coated in shiny, gloss black with no wood to be seen, augmenting the guitar's stage appearance. The pickups emit a glassy, clear tone as expected from a single coil; rhythm playing and accompaniment work very well on the guitar. When put through an overdrive pedal, the guitar responds like a Fender Stratocaster, making it suitable for rock and even country playing. The neck is in the shape of a soft "C" neck reminiscent of a Telecaster; this guitar would be suitable for players who are comfortable with their thumb on the back or side of the neck. The guitar is slightly on the heavy side, perhaps due to the full gloss finish but in no way does the it affect the guitar's playability and balance. As for the supplied amplifier, it does a good job of a first practice amplifier to learn the basics on, but will surely need to be upgraded once the player reaches a certain skill level. The included DVD is informative and runs through many beginner issues, and is of a great help to those just starting out.

CONCLUSION

After spending some time with these guitars, it can be said that the Jaxville Custom Series II guitars are truly catered for the entry-level player who is looking for a different axe to try out. The eye-catching design will surely attract the attention of those who want to stand out, and considering the market pricing of the guitar, it looks like a great bargain. The Jaxville guitar comes in a package as well, alongside an amplifier, soft case and instructional DVD. The guitar plays well, stays in tune and sounds decent. If you're looking for something unique and different for a first guitar, by all means go for it!

Sunday, July 31, 2011

Jamming Metallica Enter Sandman with Joyo Digital Wireless Guitar Receiver


Introducing Joyo Digital WIreless Guitar Receiver
Salam! Kita telah import gadget ini dari negara China - Joyo wireless guitar receiver , dan kita telah mencubanya di depan kedai kita dan ia cukup mengagumkan kita krana ia bole meliputi sejauh 40 m kecuali ia dihalang tembok , kaca dan dinding besar.Gadget ini juga mempunyai keupayaan plug in ke keyboard , acoustic guitar dan alat alat instrumen lain.Kita juga memcubo gadget ini sampai ke tingkat yang berlainan dan ia terbukti tiada gangguan frekuensi dan bunyi putus.Ia adalah perfect sekali untuk bermain di konsert serta road busking.Ia begitu senang diguna dan ia mengunakan USB charger dengan tidak perlu tukar bateri.Gadget ini juga dijual dengan harga yang berpatutan berbanding denga wireless buatan USA yang dijual dalm lingkungan RM2-3 ribu sebiji.Gadget ini juga membolehkan anda berjimat sekira anda sentiasa membeli cable yang berkualiti tinggi (harga RM 100-200)dan sentiasa rosak kerana anda begitu aggresif di pentas.Ia juga menyelsaikan masalah cable tak cukup panjang dan bergukung gulun di lantai pentas.
Available at Guitar Empire -selling RM 490 one pair , grab one before running out of stock! Sekian terima kasih , selamat berjamming!

Friday, April 22, 2011

Guitar Empire adalah Distributor untuk Guitar String dari Napoli , Italy -GALLISTRINGS




























































Salam brother!

You have use so many made in Japan , USA guitars strings.Now it is a time to use those made in Europe guitar strings.I can guaranteed you this made in Italy strings is as good as made in USA , Japan or any country guitar strings.The smoothness and the sustain is much more crispy and solid.The tranquility and the sounds of the chrome steel is much much more 'SYIOK' than any guitar strings u have ever use.Suitable for jamming studio, music school, concert and personal use.This string has been manufactured since 1890 where by that time USA strings does not exist yet.Imagine over 100 over years experience in making guitar strings! Come on , my friend u know it.......yeah! Trust the rich history of this European string-

Guitar Empire is proudly to become the Malaysia Distributor of Gallistring Italy
, 100% Made in Italy.

New batch of stocks will arrive on the 15th of May 2011.Here is the brief history of Gallistrings :

The Galli Musical Strings Company was established by Tommaso Galli in 1890. At that time musical strings were handcrafted using gut.

In 1950 Roberto Galli, Tommaso’s son, joined the firm. Roberto inherited the talent of his father and in time became like his father a great expert, a maestro, in the art of musical string making.

In the 1970s Galli Strings introduced new technologically advanced equipment into their production process. Roberto Galli’s son, Tommaso, joined the company in 1985. Building on his grandfather’s and father’s musical and technical achievements, Tommaso Galli has extended into the twenty-first century the Galli tradition of developing and manufacturing fine musical strings.

In addition to offering strings for an even wider variety of musical instruments using the finest materials available, Galli now offers an impressive line of musical accessories.

In 1990 Galli Musical Strings introduced state of the art computer guided winding machines into its string making process. This advance, a completely automated production process and other hi-tech developments have further enhanced the precision and consistency of our company’s products.

Still, though many things have changed since 1890, it always has been and remains the unaltered goal of our company to make the finest musical strings possible.

Log in : http://www.gallistrings.com/


Friday, March 11, 2011

Artec Sounds from Korea


Artec G15 Guitar AMp-RM 299 !!



Artec B60 Bass Amplifier- RM 790!!




Artec Avenue -RM 690!!



Artec G1R Cubix Amplifier - RM 329!!

Salam! Baru2 ini syarikat Guitar Empire telah membawa masuk brand -ARTEC yang berasal dari Korea Selatan.Kita adalah sole distributors of Artec Sounds Korea.Sebelum stock nak sampai , kita pun dapat banyak tempahan kerana harga yang berpatutan dan quality yang tinggi telah mendorong semua penguasaha jamming studio di Seluruh Malaysia membeli brand ini.Jika dibandingkan dengan Marshall amp ini mungkin ada 20 % kurang bunyinya serasi dengan Marshall, tetapi lebih 50% lebih murah dari Marshall. Bunyinya yang mantap dan solid telah membolehkan Artec bersaing dengan brand2 besar seperti Marshall , Fender dan Line 6.Artec juga dijual di serata dunia seperti USA, UK , Jepun , Korea dan Germany.Bunyinya adalah seperti Marshall , Roland dan Fender digabung .Distortionnya yang begitu licin dan garang sesuai untuk bermain lagu-lagu metal dan rock.Kalau nak qualitinya lebih baik , extra distortion ataupun gadget kena ditambahkan di Artec.Sementara waktu Artec baru bermula di Malaysia dan responnya adalah begitu mengalakkan.Amp yang paling laris adalah Artec Cubix yang berfungsi mutiple effect dan active Equaliser Amp yang mempunyai efek seperti Blues, Crunch,Heavy metal , acoustic dan clean.Kita telah pun memdapat tempahan 50 biji sebelum stoknya sampai .Cubix mempunyai keupayaan 15w dan mampu bersaing dengan Roland microcube (5W) yang dijual dengan harga RM 450.Teknologi Artec Cubix adalah setaraf dengan Roland dimana bunyinya adalah lebih kurang 90 % seperti Roland dan ia mempunyai bunyi dan keistimewaannya yang tersendiri.Bunyi blues yang seperti Gary Moore telah membolehkan kita jam lagu ini secara tidak formal dan heavy metalnya yang solid dan akustiknya yang manis telah membolehkan kita menikmati bunyi Cubix dengan budget yang begitu rendah.Cubix juga mempunyai ciri2 seperti berikut :

Analog 6 channel drive preamp
- High efficiency 'Class-D' DC amp
- RMS 15 watts output
- 'SSR' solid state analog reverb (G1R)(G2R)
- MP3/CD mixing input
- Phone/Rec line out jack
- AC adaptor include (DC15V 1A)

Sekarang pemain2 guitar di tanahair telah mempunyai pemilihan yang lebih-iaitu Artec selain dari Marshall , Roland , Line 6 dan Fender.
Artec adalah revolusi kepada dunia guitar amplifier kerana mempunyai quality yang baik dan harga yang rendah.Sila layari laman web Artec :

http://www.artecsound.com/amps/

Sekian terima kasih dan harap kedai jamming anda dapat pulangan untung dan rezeki yang banyak.

Saturday, February 26, 2011

Jamming Survival (Part 4) -Cari-cari makan di Indonesia











Gamba
r -dari pusingan jam -Didataran pahlawan , Pantai Kenjeran ,Makanan Jawa rawon








Di pasar Turi Surabaya , masakan Jawa bakso


Salam Sejahtera! Apa khabar kepada semua pemilik jamming studio dan juga usahawan alat-alat muzik? Harap anda sihat walafiat kerana tanpa kesihatan anda tidak mempunyai kemampuan mencari rezeki yang konsisten.Dah lama I tidak menulis blog dan hari ini I ingin menulis Jamming Survival babak ke-4.
Sebenarnya I baru pulang dari Surabaya ,Ini adalah kali pertama I melangkah ke Indonesia untuk melancong dan bisnes.Boleh dikatakan sepanjang perjalanan I rasa negara Indonesia adalah sebuah negara yang begitu istimewa dan unik.Dengan rakyat Indonesia yang ramah mesra dan sudi menolong pelancong2 asing , I tetap menghadapi sedikit kesulitan.Perjalanan ke Indonesia adalah penuh dengan cabaran dan rintangan.Pertama kerana Indonesia adalah sebuah negara yang besar , kedua ia mempunyai penduduk yang begitu ramai (anggaran 280 juta orang- keempat didunia), ketiga adalah pesaingan yang sengit.
Sesudah sampai di Surabaya kira2 9.30 pagi (12.3.11) , I melangkah keluar di imigrasi Indonesia dan seorang pegawainya tahan I di mesin screening check out lapangan terbang.Dia tanya I apa yang ada di dalam beg besar I .

Saya :kesemua didalamnya adalah aksessori muzik , pak.

Pegawai Imigrasi : boleh kamu buka beg bisa nak periksa beg kamu

Saya : OK , tiada masalah ,pak.

Dia pun cari cari dan tanya I ,

Pegawai Imigrasi : Bisa apa semua ini?

Saya : Bisa gitar tuner , tali gitar , pemutar gitar ,speaker dll

Dia pun ragu-ragu .Dia cari dan tanya lagi,

Pegawai Imigrasi : Apa benda barang emas ini?

Saya : Pak , ini saxophone peniup mulut emas (mountpiece)

Dengan muka yang masam ,dia pun tanya ,

Pegawai Imigrasi : biar betul emas , emas bawa masuk kena cukai ,mas.

Saya : bisa tidak tahu , pak

Pegawai Imigrasi : nampaknya mas datang sini bisnes ya bukan melancong.

Saya : bisa melancong bisa bisnes ,pak .

Pegawai Imigrasi : kalau gitu barang semua ni buatan mana? Malaysia

Saya
: Pak , ini barang semua buatan Negara China.

Pegawai Imigrasi : Kalau begitu bisa kena cukai kesemua barang ini kerana mas datang nak bisnes dan haruslah dikena cukai untuk melindungi produk2 tempatan.

Saya : Yakah , pak.Kalau gitu bisa brapa cukai ?

Pegawai Imigrasi pun fikir sebentar dan dia pun jemput I masuk ke ofisnya.

Pegawai Imigrasi pun introduce I kepada pegawai atasannya , pegawai atasannya mempersilakan I duduk serta memberi sebotol mineral water kepada I.I pun rasa pelik , mereka layan I macam customers dalam ofisnya?

Pegawai atasan : begitulah mas , kita harus cukai barang2 yang ada bawa ke Indonesia dan cukainya adalah 10 % ke atas barang2 yang kamu bawa masuk, berapakah anggaran harga kesemua produk kamu sekarang?

Saya : Bisa tak tahu , mungkin anggarannya US dollar 300-400.

Pegawai atasan : kalau gitu mas kena bayar cukai USD 40 iaitu 400,000 rupiah.

Saya : tergagap dan fikir , hah? {400,000 rupiah macam banyak wang ....tapi I kira2 dalam hati , oh dalam RM 140 sekitarnya}{dengan pusingan 360 darjah I jawab}
pak , tapi barang ini bisa bawa sebagai hadiah untuk sahabat ahli2 muzik di Indonesia.

Pegawai atasan : Begitu ya , ermm......tapi aksesori yang kamu bawa bisa tiada di pasaran Indonesia ,kalau dilepaskan mungkin mas akan jual langsung di indonesia.'

Saya : Tak , pak.Memang setengah2 barang bisa nak tunjuk sebagai contoh dan setengah2 untuk hadiah.

Pegawai atasan
: Kalau gitu , Ok la.Pastikan bisa tidak jual barang ini di komersil

Saya : Ok , Pak.

Pegawai atasan pun mengizinkan I meninggalkan tempat itu tiba2 dia pun panggil I ," Mas, mas ....barang seperti gitar tuner kamu jual brapa? I pun jawab ." bisa jual USD 15 " Pegawai atasan pun kata 'Gitu ya ,bisa nak beli satu dari kamu.Bisa juga bermain gitar .Berpuluh -puluh gitar dirumahku.Tapi tuner ini baru pertama kali aku lihat.Canggih ya." I jawab " bisa tak payah beli , bisa hadiah pak satu biji"
Dia pun rasa segan dan jawab ," ini tak baik , mas.Bisa kene beli jugak." I pun taruk satu biji tuner Fzone di mejanya dan melangkah keluar dari ofisnya .Dia pun ucap terima kasih dan I cakap " Pak , ini adalah hadiah kepada pengemar gitar di Indonesia , sebagai tanda persahabatan Malaysia dan Indonesia" Fulamak power siul.....Pegawai atasan pun ucap "Assalamualaikum"

Disinilah tercetusnya persahabatn diantara pengemar muzik tanahair dan Indonesia dan I difahamkan bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai begitu ramai pemain gitar dan ahli muzik.Bayangkan 280 juta penduduk jika dihitung 10-20 % penduduknya bermain gitar, ini bermakna diantara 28 - 56 juta orangnya yang boleh main gitar.Pasaran yang begitu besar dan hebat.Jumlah ini telah melebihi keseluruhan penduduk Malaysia.
Pada petang I telah tiba di bandaraya Surabaya dan check in di hotel , berehat seketika dan seterusnya menyewa sebuah motosikal dengan kadar R50,000 sehari dan terus ke tempat pembuatan gitarnya di Sodaerjo ,sekitar 2 jam dari airport.Sodaerjo adalah satu perkampungan yang kecil terletak di barat Indonesia .Di dalam perjalanan ke kampung ini yang terletak kira2 200km dari Surabaya ,I lihat begitu ramai pemuda-pemudi berpegang gitar di tengah jalan.Mereka gemar bermain gitar dimasa lapang di mana2 saja di kedai , tepi jalan , tepi sungai.Terdapat juga ramai yang bermain gitar di restaurant , mereka menyanyi kepada pelanggan dan berharap mereka dapat memberi rezeki kepada mereka.
Setelah sampai sini , I bertemu Pak Ariffin , seorang Luthier Gitar yang terkemuka di Indonesia.Beliau pernah membuat berbagai-bagai gitar dari Les Paul ke Stratocaster.Beliau telah mereka dan membuat gitar tanpa apa2 pelajaran yang rasmi dan beliau belajar secara persendirian.Dengan modal R 4.5 juta , beliau membeli barang2 dan mesin2 pembuat gitar dari Germany.Prosedure pembuatan gitar ini adalah begitu rumit dan susah.Bukan senang nak menjadikan sekeping kayu menjadi sebiji gitar , prosesnya melibatkan banyak usaha dan masa.Dari potongan kayu , melicinkan kayu dengan kertas pasir , kraftangan dan ukiran yang teliti dan segala set-up untuk menjadikan ia berkualiti dan solid adalah ciri2 pembuatan gitar yang dipelopori oleh Pak Ariffin.Disini I telah meluangkan masa selama 5 jam melihatnya membuat 'body guitar' dan boleh dikatakan I kagum dengan kegigihan dan ketabahan Pak Ariffin menjayakan proses ini.Sebenarnya proses pembuatan gitar dari mula ke akhir memakan masa selama 4- 5 hari.Proses terakhirnya-pengecatan gitar adalah proses yang paling sukar dimana campuran cat untuk semburan adalah begitu penting dan kalau ada salah silapnya ia akan melumpurkan keseluruhan gitar itu.Disini , Pak Arifin juga tunjuk I kesemua kayu yang digunakan untuk pembuatan gitarnya.Dia menyimpan berbagai-bagai kayu termasuk rosewood, , basswood, mahogany,maple dan sebagainya.Apabila ditanya dengan lebih lanjut , berapakah gitar yang beliau boleh jual dalam 1 bulan , beliau menjawab diantara 3-4 gitarnya boleh dijual dan beliau membuat gitar apabila mendapat wang tempahan.Purata sebiji gitar adalah 2- 5 juta dan ini terpulang kepada quality rekabentuk dan kayu dipakainya.
Selepas melihat beliau membuat gitar , I terfikir satu perkara dimana industri pembuatan gitar ini adalah terhad kerana proses pembuatannya bukan begitu senang dan ramai golongan pemuda engkar menceburi bidang ini kerana tiada ketabahan dan kesabaran diri sepertri Pak Ariffin.Di Indonesia gaji atau upah untuk membuat sebiji gitar adalah rendah berbanding dengan negara2 seperti Jepun , Taiwan ,USA dan Korea dan kualiti gitar buatan Indonesia adalah tidak kalah kepada negara2 moden itu.
Lawatan ke Surabaya , Indonesia telah membuka mata I kerana I berpendapat setiap Insan mempunyai kebolehan dan kemampuan tersendiri , tidak kira hidup di desa atau di bandar.tidak kira kaya dan miskin , dimana ada kehendaknya pasti ada kejayaannya.I juga berharap di tanahair kita Malaysia dapat sentiasa memupuk orang-orang yang mengemar membuat instruments kerana tanpa mereka , industri ini tidak akan berkembang.Sekadar bermain muzik atau menjadi penyanyi idola adalah tidak cukup membawa Industri Muzik ke arena dunia.Kita harus mengalakan lebih ramai generasi muda supaya menceburi di bidang ini kerana bidang ini bisa mempunyai masa hadapan yang cerah.Sekian terima kasih!

Thursday, February 24, 2011

Menjelajahi Surabaya ,Indonesia


Pada 14 Februari 2011 , I telah pergi ke Surabaya,Indonesia untuk melancong sambil bisnes.Misi I adalah mencari toko-toko dan kilang gitar serta gitar lutier.I telah diberi peluang untuk bernyanyi bersama-sama dengan Surabaya band -The Oscar di sebuah night club yang terkemuka di Surabaya.Night Club itu mempunyai 20 ahli muzik yang berkerja sepenuh masa dan setiap mereka adalah begitu berbakat dan setaraf dengan sessionist-sessionist di recording studio.I akan menulis dengan lebih teliti lagi di babak seterusnya.Sekian terima kasih!