Thursday, August 30, 2012




Salam Bro! Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 55. Sebenarnya hari yg mulia ini adalah hari utk memperingati seluruh rakyat Malaysia supaya jangan berulang lagi peristiwa dimana negara kita dijajah oleh orang asing berulang kali selama beratus ratus tahun nya.Kermerdekaan bermakna bukan sahaja merdeka dan bebas dari segi politikal dan fizikal, kita juga harus bebas dari segi psikologi dan minda dimana kit
a tak akan mengagung agungkan negara negara yang pernah menjajah kita.Kita rakyat biasa (kelas rendah & tengah)adalah patriok sejati dimana kita berkhidmat ,bekerja dan belanja di dalam negara dan segala pendapatan, idea2, tenaga kita menyumbangkan ke arah domestik negara , kalau dibandingkan dengan setengah2 ahli politik negara dimana mereka asyik hantar anak2 ke Universiti UK la US la Europe la, melabur dan mempunyai bisnes di UK la US la Europe la dan juga menyimpan byk wang di UK la US la Swiss la , seperti mana yang saya tahu , saya dilahir selepas merdeka , semasa kanak2 kita tak membeza beza kan kaum dimana ramai rakan2 saya adalah dari kaum yang berbeza seperti Melayu , India, Iban, Sikh dan lain2 tetapi dalam peningkatan umur saya, saya dapati banyak pengaruh dari org2 politik yg sentiasa berpidato dan suka mengaitkan isu isu perkauman yang memecah belah kan minda saya yang begitu muhibah .Setiap kali saya dengar mereka berkata seperti -orang cina dan india pendatang la, ketuanan melayu la , orang cina dan india pengkhianat la ...adui! kata2 ini lah yang membakar hati rakyat jelata yang begitu baik hati dan penyayang dimana sedikit sedikit unsur2 ini akan meresap di dlm minda kita.Apa beza nya jika mereka asyik mencari kelemahan dan perkara negaif utk bicara? kenapa tak bicara isu isu seperti bagaimana tiga kaum bergabung utk menghalau penjajah British dan ketiga tiga kaum ini membangkita menentang British dengan cara yg aman dan tidak melibatkan apa2 pertumpahan darah seperti yg dialami di negara jiran seperti Filipin,Indonesia, Myanmar, Cambodia dan Vietnam?Kita harus memilih topik yang positif berlandaskan sejarah bukannya tiap2 hari mencari perbezaaan dan kelemahan masing2.Saya rasa ini adalah tidak wajar sama sekali kerana lama2 ia akan mengundang banyak perkara yg tak baik akan berlaku seperti campak kepala babi di Masjid la, campak lembu di kuil org India la, org Kristian ingin menjadikan negara Malaysia sebagai negara Kristian la, Adoi saya rasa ini semua tak releven kerana didalam perlembagaan Malaysia terang2 menyatakan negara islam adalah agama rasmi dan tiada siapa2 yg mempertikaikannya kecuali ia dimulakan dan disokong oleh org2 politik nya sendiri.Renung la kata2 saya ..............kantoi ....Merdeka!