Saturday, October 27, 2012

What is Tiruan?

Salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan -puan.Apa khabar semua? Lama tak jumpa dan I ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan saya yang mengikuti blog I .Disini I harap hang semua sihat walafiat .Hari ini I ingin menjelaskan topic -
Apakah itu Guitar Ori,Tiruan, Replica dan Copy? Sejak kebelakangan ini , semenjak negara China telah membuka pintunya kepada dasar ekonomi baru dan revolusi industrinya telah berkembang dengan pesat.Kamu boleh lihat China telah membeli syarikat2 gergasi antarabangsa seperti Volvo , Hummer dan sebagainya.Fenomenan ini telah berlaku dengan spontenous dimana negara China telah membina satu empayar yang begitu besar dimana satu hari kelak negara China mampu membeli satu negara seperti Singapura ,Laos ataupun Vatican City.Kenapa fenomenan ini telah berlaku ? Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadinya begitu kukuh dan kuat.Faktor minda , tenaga , politik , pendidikan ,sains dan sebagainya telah memberi sumbangan diatas kesemua ini.Kejayaan menghantar angkasawan dengan pesawat 100% buatan negara China keangkasa lepas pada tahun 2003 , kejayaan penganjuran Olimpik 2008 , kejayan gagasan ekonomi dari tangga ke- 15 (10 tahun lepas) melonjak ke tangga ke-2 (tahun 2010) , kebangkitan barang2 buatan China seperti Haier , Lenovo ,Cherry dan sebagainya .Alamak hang jangan salah faham , I tidak mengagung -agungkan barangan buatan China tetapi realitinya barang buatan China telah membolehkan ramai golongan sederhana dan miskin mampu memilikinya di negara2 dunia ketiga.Adakah anda ingat , 20 tahun lepas di Malaysia, sesiapa yang memiliki kasut Adidas dan Nike , memanglah kaya ,memiliki televisyen 29 inchi kira orang berada la tu , bermain racket Yonex kira anak saudara Misbun Sidek la tu , bermain gitar Ibanez kira power siul.....hahaha! Satu pasang kasut Adidas dan Nike pada masa tu paling murah pun RM 400 (buatan USA or Mexico) , Raket Yonex -RM 300-500 (Buatan Jepun) , guitar Ibanez paling murah pun RM2000 (buatan Jepun atau Korea),masa tu RM 300 macam skrang punye RM 800 , RM 2000 macam RM4000 (angaran).Tapi pada hari ini , hampir semua orang di Malaysia mampu memiliki barang2 dan jenama2 sebegini.Kenapa? Krana negara China- buruh yang murah , membuat sesuatu produk dengan besar-besaran.Walaupun kualitinya tak setanding barang buatan USA atau Jepun tetapi buruh yang murah dari China , ia telah memaksa semua syarikat antarabangsa supaya menurunkan harganya dan pindah kilang2 mereka ke negara China. Tahukah anda betapa lamanya kita telah membeli barang2 yang mahal dari Jepun dan USA padahal sumber semulajadi seperti getah , kayu , bijih timah datangnya dari Malaysia.
Balik ke topic yang ingin I cerita , Apakah itu Made in China -Guitar Ori ,Tiruan, Replica dan Copy? Sejak tahun 90an kilang2 guitar di China telah mendapat perihatian dari syarikat2 gitar antarabangsa seperti Fender , Gibson ,Martin ,Taylor,Yamaha, Takamine,ESP, Ibanez dan lain2.Kemampuan buruh China membuat gitar dengan harga yang begitu murah dan berkualiti telah menjadi faktor utama dimana jenama2 besar ingin melabur di kilang2 tersebut. Kebanyakan luthier2 (pereka gitar) gitar di China adalah bermula di kawasan pendalaman seperti kampong2 dan rumah2 setinggan.Oleh kerana kesungguhan dan ketekunan oleh Luthier2 tempatan , mereka belajar dan berkembang menjadi satu industri gitar gergasi.Syarikat gitar2 dari USA, Eropah ,Jepun,Korea menghantar Luthier mereka ke China supaya boleh melatih mereka membuat jenama mereka disamping 'cut cost' untuk syarikat mereka.Dengan perkembangan industri ini dan sambutan yang hangat dari luar negara (demand)kerajaan negara China bercadang memberi dana dan melabur di syarikat2 gitar dan piano di China.Kerajaan China juga melabur di banyak kilang2 gitar dan piano di USA dan UK supaya dapat membawa syarikat China ke arena dunia.Salah satu jenama yang dilabur oleh Kerajaan China adalah -Guangzhou Pearl River Piano dan hari ini GuangzhouPearl River Piano adalah sebuah syarikat piano yang terbesar didunia dan setiap tahun ianya menjual beribu-ribu piano di China dan dunia.Kilang China membuat drum yang terkemuka iaitu -Baojia mampu generate RM50 juta sales setahun dan mereka bertanggungjawab membuat drum seperti Tama, PDP , Ludwig , Peavey dan lain-lain. Sebenarnya dari tahun 40 dan 50an , Jepun juga telah bikin banyak gitar replica dan copy dari USA dan UK. Jenama seperti Aria , Tokai ,Ibanez ,Takamine ,Yamaha telah meniru banyak teknologi dari Amerika Syarikat dan UK.Sememangnya asal gitar adalah dari Sepanyol iaitu 'Classical Gitar' tetapi ahli sejarah mengaku alat instruments guitar adalah berasal dari India iaitu -'Sitar' dan adakah alat instruments gitar ini adalah copy dari 'Sitar' dan dikatakan 'Gitar' adalah sejenis alat instrumen tiruan ataupun replika kepada sitar? Jawapannya adalah -tidak.Gitar itu bukan barang tiruan , ia cuma tiru rekabentuk dan bunyi dari 'Sitar ' dan dimodify jadi 'Gitar' .Barang Tiruan bermakna ia meniru jenama, rekabentuk,logo,harga, negara asal sesuatu barangan. Tetapi didunia yang semakin globalisasi, ramai usahawan ingin tiru jenama 'branded' yang telah establish supaya mereka dapat mengait keuntungan yang cepat seperti brand 'Pensonic' dan 'Panasonic' atau 'Mcdonald' dan 'McCurry' ,mereka tahu kalau ingin nak establish sesuatu brand yang baru ia mengambil jangka masa yang panjang.Fenomena ini dipanggil -Kreatif dan adakah ini salah disisi undang2 ? Jawapannya -Tidak.Biar I beri beberapa contoh gitar brand yang cuba copy yang lain seperti 'Craftman' dijadikan 'Craftsman' , bezanya 1 's' aje.Ataupun gitar 'Musicman' - 'Musikman' beza 1 'k' aje , 'Santanna' jadi 'Santannu' bezannya 1 'u' aje ataupun copy artist ataupun penyanyi yang famous - Jim Morrison -gitar brand -'Morrison' , Eric Clapton -guitar 'Clapton'.Adakah ini salah disisi undang2 di Malaysia? Jawapannya -Tidak. Tidak adalah kerana adanya manupulasi diatas brand2 seperti ini dan dijadikan brand persendirian seperti yang dikatakan tadi -'Pensonic' -'Panasonic' , pelanggan tetap beli 'Pensonic', malah jenama 'Pensonic' telah menjadi sebuah syarikat yang begitu besar di Malaysia , ia telah listed di Bursa Saham KL.Kembali ke gitar brand tadi -Bila perkara ini berlaku , usahawan gitar yang meniru brand ini telah mengexploitasi peluang ini untuk menumpang glamour kerana cume 1 spelling aje yang berbeza ataupun disengajakan spelling yang lebih.Dengan membuat demikian ,syarikat original United Kingdom 'Craftman' tidak dapat sue brand 'Craftsman' kerana ia tidak meniru 100% ayatnya.Guitar2 sebegini adalah dikatakan ori -brandnya sendiri, tiada copy atau tiruan berlaku.Ia cuma menjadi tiruan jikalau ia copy 100% logo , jenama dari segi spelling ,rekabentuk , bunyi (biasa susah ditiru), negara pengeluar ,motto, slogan dan aksesorinya dan dijual dengan harga ori.Jika fenomena ini berlaku ia dipanggil -Tiruan ataupun Tipu.Jikalau guitar ini copy 100% logo , jenama dari segi spelling ,rekabentuk , bunyi (biasa susah ditiru) dan aksesorinya dan dijual dengan harga murah (kurang2 50 % murah) ia dipanggil -Replica ataupun Copy dan tak semestinya replica ini adalah gitar tipu kerananya tetap boleh dimain dan ada bunyi ...Jikalau ia adalah barangan replica , ia patut dijual lebih murah dari yang ori.........lol! Seperti Petaling street menjual barangan Louis Vutton, Dolce Gabbana , Armani , Gucci dan sbagainya.Kalau gitar replica yang dijual tu tak keluar bunyi ataupun dibuat dari plastik -maka ia dipanggil tipu...lol! Biasanya guitar replica telahpun berada didalam pasar dunia sejak 1950 dimana syarikat guitar Jepun Tokai telah meniru Guitar Gibson dari segi rekabentuk , bunyi dan aksesorinya dan peniruan ini telah menyababkan Gibson USA rugi berjuta-juta yen kerana gitar Tokai berupaya bersaing dengan Gibson USA di Jepun.Dari segi bunyi dan rekabentuk , Tokai mempunyai 80-85 % kesempurnaan gitar Gibson USA.Syarikat Tokai telah memonopoli gitar Les Paul di Jepun dan syarikat Gibson USA tidak dapat lagi mendapat perhatian diJepun.Dengan itu Gibson USA telah membawa kes ini ke Mahakamah Jepun supaya dapat menuntut kerugian atau hak-hak patterned reka bentuk Gibson , akan tetapi logo yang digunakan oleh Tokai keatas gitar Les Paulnya bukannya Gibson USA dan Tokai menggunakan namanya-Tokai , maka mahakamah Jepun telah memutuskan Tokai tidak bersalah dari segi undang2.Pihak Gibson USA telah mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat Tokai Jepun beberapa kali tetapi gagal kerana tidak relevan di negara Jepun:
http://en.wikipedia.org/wiki/T%C5%8Dkai_GakkiC5%8Dkai_Gakki
Tokai juga membuat gitar Fender replica-Tokai Silver Star dimana Steve Vai pernah mengguna gitar Tokai Silver Star di persembahan beliau.Beliau begitu kagum dengan kejayaan Tokai yang dapat meniru Fender malah dikatakan lagi licin dari Fender.Selepas insiden tersebut , syarikat Fender USA dengan sikap berbuka hati dan bercadang untuk melabur di Jepun untuk membuat gitar Fender Jepun.Kontrak pertama diberikan adalah kepada Syarikat Tokai Jepun.Sehingga sekarang Tokai Jepun membina guitar Fender Jepun.Disinilah dikatakan gitar ori , replica dan tiruan.Sebenarnya didunia muzik , tiada apa yang dikatakan tiruan kerana muzik adalah sesuatu bidang yang berlainan dari yang lain kerananya meliputi bunyi dan suara.Bagaimana anda nak katakan suara orang lain sama dengan suara kamu dan kamu kata dia tiru suara atau bunyi kamu? Bolehkan kamu membawa kes (suara serupa) ke mahkamah?Jikalau Tokai Jepun boleh membina sebiji gitar Les Paul ataupun Fender yang bunyinya lagi power dari Gibson dan Fender USA , apa salahnya? Ataupun jikalau satu hari negara China ataupun Malaysia juga dapat membina sebiji gitar Les Paul atau Fender yang sama bunyi dengan Gibson dan Fender USA ataupun Tokai Jepun , apa salahnya?Jikalau negara2 Asia seperti China , Korea,Jepun dan Indonesia berupaya meniru bunyi atau rekabentuk gitar2 mat salleh dengan begitu relevan dan dijual dengan murah , maka ia membolehkan ramai gitarist di serata dunia bermain gitar2 berkualiti dengan harga yang rendah.Ini adalah berita yang baik.Jikalau pihak USA ataupun UK nak sue mereka,ini bermakna India juga akan sue USA , Sepanyol dan UK krana instrumen gitar ini adalah berasal dari India semenjak beratus tahun dulu iaitu inst
rumen 'Sitar"?Renunglah.








Fender Strat Headstock and Tokai Strat Headstock




Tokai Les Paul Headstock and Gibson Les Paul Headstock

No comments:

Post a Comment