Thursday, November 4, 2010

Jamming Survival (part 3)

Salam Sejahtera , apa khabar bro? Harap2 semua sihat walafiat.Tanpa kesihatan , bisnes bagus pun tak guna.Ingin I nak bertanya khabar tentang bisnes hang .Adakah bisnes jamming studio anda berkembang? Adakah turn over tiap2 bulan meningkat ataupun sebaliknya.Adakah anda mengambil langkah2 yang drastik untuk mengembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi lagi ataupun anda telah berpuas hati dengan apa yang anda telah capai.Disini ingin I bertanya kepada anda , apakah matlamat anda semasa membuka jamming studio ini? Adakah anda membukanya semata-mata untuk hobi ataupun mengait keuntungan? Kalau sekadar hobi , ini dipanggil bisnes 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' , dimana bisnis ini anda tidak mempedulikan perkembangan ataupun peningkatan prestasi dan pencapaian syarikat dimasa depan.Anda juga tidak mengambil langkah untuk melabur lagi supaya syarikat anda berkembang ke tahap korporat.Anda cuma berfikir untuk maintain bisnes ini tanpa mengambil risiko untuk membelanja wang supaya dapat membolehkan syarikat menjadi korporat.Pada mulanya anda bertekad , bersungguh-sungguh untuk menjayakan bisnes ini tetapi lama-kelamaan anda telah mula bosan. Sikap , hangat-hangat tahi ayam ini yang menutup minda anda supaya terus bergigih dalam bidang ini.Dari pengalaman saya ,ramai di golongan pengusaha jamming studio juga membuka bisnes ini untuk jam sendiri ataupun pun nak kasi member jam.Idea ini adalah tak sebegitu relevan disegi bisnis kerana matlamat bisnes adalah mengait keuntungan dan membina satu empayar atau korporat dalam masa yang singkat.Bisnes adalah sesuatu bidang yang tidak senang diceburi.Ia perlu konsisten dan disiplin yang begitu tinggi.Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan.Kalau ianya senang , Malaysia akan dilimpah berjuta-juta orang jutawan dan tiadalah orang miskin dimuka bumi.
Oleh kerana , idea 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' ini tidak dirasai oleh setengah2 penguasah jamming semasa membuka syarikat ini , tetapi impaknya adalah begitu besar sampai boleh membinasakan syarikat anda.Berapa kali anda berfikir untuk membeli aksesori2 muzik yang berkualiti untuk menaik taraf jamming studio anda, supaya kawan2 dan pelanggan2 anda boleh bermain dengan puas hati? Adakah anda berfikir jika aksesori ini rosak, adakah kawan2 dan pelanggan2 anda mengantikannya secara sukarela?Jika mereka enggan mengantikannya, Untuk mengatasi masalah ini anda tak perlu mengantikannya dengan jenama yang branded sangat, sekadar ada bunyi keluar dah cukup la...lol! Bukan kata kita tak pentingkan kualiti atau mutu bisnes jamming tetapi setengah2 pelanggan tak 'deserve' mendapat barang2 yang bermutu tinggi kerana mereka langsung tak sayang atau prihatin dengan barang2 anda.Oleh sebab itu ,bisnes ni kena ada sekurang-kurang 2 bilik jamming, dimana satu sewa murah-ciplak punye barang , satu sewa mahal -barang bermutu.Kalau boleh jangan kasi drum stick , biar mereka beli krana kerap kali mereka patah drumstick tapi tak mengaku.Menjual drumstick juga dapat menjana pendapatan kepada bisnes anda.Cubalah anda mengambil langkah pertama untuk merealisasikan 'musik showroom' supaya ia dapat memberi anda lebih rezeki lagi.Jangan sekadar bergantung kepada pendapatan sewa aje, kerana ini memang tak dapat menambung anda.Selagi tidak membuka minda dan mencuba ambil risiko untuk melabur dalam muzik showroom , anda tak mungkin berkembang bisnes anda menjadi korporat disuatu hari kelak.Renunglah.

2 comments:

  1. drum stick balik2 patah pun x tahan woooo..hahaha

    ReplyDelete
  2. Boleh saudara share info untuk menjalankan perniagaan jamming studio? dimanakah sy boleh dapatkan loan perniagaan? sy mmg berminat. terima kasih. EMAIL SY TQ

    ReplyDelete