Saturday, February 26, 2011
Jamming Survival (Part 4) -Cari-cari makan di Indonesia
Gambar -dari pusingan jam -Didataran pahlawan , Pantai Kenjeran ,Makanan Jawa rawon
Di pasar Turi Surabaya , masakan Jawa bakso
Salam Sejahtera! Apa khabar kepada semua pemilik jamming studio dan juga usahawan alat-alat muzik? Harap anda sihat walafiat kerana tanpa kesihatan anda tidak mempunyai kemampuan mencari rezeki yang konsisten.Dah lama I tidak menulis blog dan hari ini I ingin menulis Jamming Survival babak ke-4.
Sebenarnya I baru pulang dari Surabaya ,Ini adalah kali pertama I melangkah ke Indonesia untuk melancong dan bisnes.Boleh dikatakan sepanjang perjalanan I rasa negara Indonesia adalah sebuah negara yang begitu istimewa dan unik.Dengan rakyat Indonesia yang ramah mesra dan sudi menolong pelancong2 asing , I tetap menghadapi sedikit kesulitan.Perjalanan ke Indonesia adalah penuh dengan cabaran dan rintangan.Pertama kerana Indonesia adalah sebuah negara yang besar , kedua ia mempunyai penduduk yang begitu ramai (anggaran 280 juta orang- keempat didunia), ketiga adalah pesaingan yang sengit.
Sesudah sampai di Surabaya kira2 9.30 pagi (12.3.11) , I melangkah keluar di imigrasi Indonesia dan seorang pegawainya tahan I di mesin screening check out lapangan terbang.Dia tanya I apa yang ada di dalam beg besar I .
Saya :kesemua didalamnya adalah aksessori muzik , pak.
Pegawai Imigrasi : boleh kamu buka beg bisa nak periksa beg kamu
Saya : OK , tiada masalah ,pak.
Dia pun cari cari dan tanya I ,
Pegawai Imigrasi : Bisa apa semua ini?
Saya : Bisa gitar tuner , tali gitar , pemutar gitar ,speaker dll
Dia pun ragu-ragu .Dia cari dan tanya lagi,
Pegawai Imigrasi : Apa benda barang emas ini?
Saya : Pak , ini saxophone peniup mulut emas (mountpiece)
Dengan muka yang masam ,dia pun tanya ,
Pegawai Imigrasi : biar betul emas , emas bawa masuk kena cukai ,mas.
Saya : bisa tidak tahu , pak
Pegawai Imigrasi : nampaknya mas datang sini bisnes ya bukan melancong.
Saya : bisa melancong bisa bisnes ,pak .
Pegawai Imigrasi : kalau gitu barang semua ni buatan mana? Malaysia
Saya : Pak , ini barang semua buatan Negara China.
Pegawai Imigrasi : Kalau begitu bisa kena cukai kesemua barang ini kerana mas datang nak bisnes dan haruslah dikena cukai untuk melindungi produk2 tempatan.
Saya : Yakah , pak.Kalau gitu bisa brapa cukai ?
Pegawai Imigrasi pun fikir sebentar dan dia pun jemput I masuk ke ofisnya.
Pegawai Imigrasi pun introduce I kepada pegawai atasannya , pegawai atasannya mempersilakan I duduk serta memberi sebotol mineral water kepada I.I pun rasa pelik , mereka layan I macam customers dalam ofisnya?
Pegawai atasan : begitulah mas , kita harus cukai barang2 yang ada bawa ke Indonesia dan cukainya adalah 10 % ke atas barang2 yang kamu bawa masuk, berapakah anggaran harga kesemua produk kamu sekarang?
Saya : Bisa tak tahu , mungkin anggarannya US dollar 300-400.
Pegawai atasan : kalau gitu mas kena bayar cukai USD 40 iaitu 400,000 rupiah.
Saya : tergagap dan fikir , hah? {400,000 rupiah macam banyak wang ....tapi I kira2 dalam hati , oh dalam RM 140 sekitarnya}{dengan pusingan 360 darjah I jawab}
pak , tapi barang ini bisa bawa sebagai hadiah untuk sahabat ahli2 muzik di Indonesia.
Pegawai atasan : Begitu ya , ermm......tapi aksesori yang kamu bawa bisa tiada di pasaran Indonesia ,kalau dilepaskan mungkin mas akan jual langsung di indonesia.'
Saya : Tak , pak.Memang setengah2 barang bisa nak tunjuk sebagai contoh dan setengah2 untuk hadiah.
Pegawai atasan : Kalau gitu , Ok la.Pastikan bisa tidak jual barang ini di komersil
Saya : Ok , Pak.
Pegawai atasan pun mengizinkan I meninggalkan tempat itu tiba2 dia pun panggil I ," Mas, mas ....barang seperti gitar tuner kamu jual brapa? I pun jawab ." bisa jual USD 15 " Pegawai atasan pun kata 'Gitu ya ,bisa nak beli satu dari kamu.Bisa juga bermain gitar .Berpuluh -puluh gitar dirumahku.Tapi tuner ini baru pertama kali aku lihat.Canggih ya." I jawab " bisa tak payah beli , bisa hadiah pak satu biji"
Dia pun rasa segan dan jawab ," ini tak baik , mas.Bisa kene beli jugak." I pun taruk satu biji tuner Fzone di mejanya dan melangkah keluar dari ofisnya .Dia pun ucap terima kasih dan I cakap " Pak , ini adalah hadiah kepada pengemar gitar di Indonesia , sebagai tanda persahabatan Malaysia dan Indonesia" Fulamak power siul.....Pegawai atasan pun ucap "Assalamualaikum"
Disinilah tercetusnya persahabatn diantara pengemar muzik tanahair dan Indonesia dan I difahamkan bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai begitu ramai pemain gitar dan ahli muzik.Bayangkan 280 juta penduduk jika dihitung 10-20 % penduduknya bermain gitar, ini bermakna diantara 28 - 56 juta orangnya yang boleh main gitar.Pasaran yang begitu besar dan hebat.Jumlah ini telah melebihi keseluruhan penduduk Malaysia.
Pada petang I telah tiba di bandaraya Surabaya dan check in di hotel , berehat seketika dan seterusnya menyewa sebuah motosikal dengan kadar R50,000 sehari dan terus ke tempat pembuatan gitarnya di Sodaerjo ,sekitar 2 jam dari airport.Sodaerjo adalah satu perkampungan yang kecil terletak di barat Indonesia .Di dalam perjalanan ke kampung ini yang terletak kira2 200km dari Surabaya ,I lihat begitu ramai pemuda-pemudi berpegang gitar di tengah jalan.Mereka gemar bermain gitar dimasa lapang di mana2 saja di kedai , tepi jalan , tepi sungai.Terdapat juga ramai yang bermain gitar di restaurant , mereka menyanyi kepada pelanggan dan berharap mereka dapat memberi rezeki kepada mereka.
Setelah sampai sini , I bertemu Pak Ariffin , seorang Luthier Gitar yang terkemuka di Indonesia.Beliau pernah membuat berbagai-bagai gitar dari Les Paul ke Stratocaster.Beliau telah mereka dan membuat gitar tanpa apa2 pelajaran yang rasmi dan beliau belajar secara persendirian.Dengan modal R 4.5 juta , beliau membeli barang2 dan mesin2 pembuat gitar dari Germany.Prosedure pembuatan gitar ini adalah begitu rumit dan susah.Bukan senang nak menjadikan sekeping kayu menjadi sebiji gitar , prosesnya melibatkan banyak usaha dan masa.Dari potongan kayu , melicinkan kayu dengan kertas pasir , kraftangan dan ukiran yang teliti dan segala set-up untuk menjadikan ia berkualiti dan solid adalah ciri2 pembuatan gitar yang dipelopori oleh Pak Ariffin.Disini I telah meluangkan masa selama 5 jam melihatnya membuat 'body guitar' dan boleh dikatakan I kagum dengan kegigihan dan ketabahan Pak Ariffin menjayakan proses ini.Sebenarnya proses pembuatan gitar dari mula ke akhir memakan masa selama 4- 5 hari.Proses terakhirnya-pengecatan gitar adalah proses yang paling sukar dimana campuran cat untuk semburan adalah begitu penting dan kalau ada salah silapnya ia akan melumpurkan keseluruhan gitar itu.Disini , Pak Arifin juga tunjuk I kesemua kayu yang digunakan untuk pembuatan gitarnya.Dia menyimpan berbagai-bagai kayu termasuk rosewood, , basswood, mahogany,maple dan sebagainya.Apabila ditanya dengan lebih lanjut , berapakah gitar yang beliau boleh jual dalam 1 bulan , beliau menjawab diantara 3-4 gitarnya boleh dijual dan beliau membuat gitar apabila mendapat wang tempahan.Purata sebiji gitar adalah 2- 5 juta dan ini terpulang kepada quality rekabentuk dan kayu dipakainya.
Selepas melihat beliau membuat gitar , I terfikir satu perkara dimana industri pembuatan gitar ini adalah terhad kerana proses pembuatannya bukan begitu senang dan ramai golongan pemuda engkar menceburi bidang ini kerana tiada ketabahan dan kesabaran diri sepertri Pak Ariffin.Di Indonesia gaji atau upah untuk membuat sebiji gitar adalah rendah berbanding dengan negara2 seperti Jepun , Taiwan ,USA dan Korea dan kualiti gitar buatan Indonesia adalah tidak kalah kepada negara2 moden itu.
Lawatan ke Surabaya , Indonesia telah membuka mata I kerana I berpendapat setiap Insan mempunyai kebolehan dan kemampuan tersendiri , tidak kira hidup di desa atau di bandar.tidak kira kaya dan miskin , dimana ada kehendaknya pasti ada kejayaannya.I juga berharap di tanahair kita Malaysia dapat sentiasa memupuk orang-orang yang mengemar membuat instruments kerana tanpa mereka , industri ini tidak akan berkembang.Sekadar bermain muzik atau menjadi penyanyi idola adalah tidak cukup membawa Industri Muzik ke arena dunia.Kita harus mengalakan lebih ramai generasi muda supaya menceburi di bidang ini kerana bidang ini bisa mempunyai masa hadapan yang cerah.Sekian terima kasih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syabas! tahniah kerana membawa nama baik kepada malaysia di sana. kagum dengan saudara, mencari ilmu, meluaskan networking, menambah pengalaman. moga bisnes saudara berkembang biak
ReplyDelete