Salam
Sejahtera , apa khabar bro? Harap2 semua sihat walafiat.Tanpa kesihatan ,
bisnes bagus pun tak guna.Ingin I nak bertanya khabar tentang bisnes
hang .Adakah bisnes jamming studio anda berkembang? Adakah turn over
tiap2 bulan meningkat ataupun sebaliknya.Adakah anda mengambil langkah2
yang drastik untuk mengembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi
lagi ataupun anda telah berpuas hati dengan apa yang anda telah
capai.Disini ingin I bertanya kepada anda , apakah matlamat anda semasa
membuka jamming studio ini? Adakah anda membukanya semata-mata untuk
hobi ataupun mengait keuntungan? Kalau sekadar hobi , ini dipanggil
bisnes 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' , dimana bisnis ini anda
tidak mempedulikan perkembangan ataupun peningkatan prestasi dan
pencapaian syarikat dimasa depan.Anda juga tidak mengambil langkah untuk
melabur lagi supaya syarikat anda berkembang ke tahap korporat.Anda
cuma berfikir untuk maintain bisnes ini tanpa mengambil risiko untuk
membelanja wang supaya dapat membolehkan syarikat menjadi korporat.Pada
mulanya anda bertekad , bersungguh-sungguh untuk menjayakan bisnes ini
tetapi lama-kelamaan anda telah mula bosan. Sikap , hangat-hangat tahi
ayam ini yang menutup minda anda supaya terus bergigih dalam bidang
ini.Dari pengalaman saya ,ramai di golongan pengusaha jamming studio
juga membuka bisnes ini untuk jam sendiri ataupun pun nak kasi member
jam.Idea ini adalah tak sebegitu relevan disegi bisnis kerana matlamat
bisnes adalah mengait keuntungan dan membina satu empayar atau korporat
dalam masa yang singkat.Bisnes adalah sesuatu bidang yang tidak senang
diceburi.Ia perlu konsisten dan disiplin yang begitu tinggi.Kesabaran
dan kegigihan adalah kunci kejayaan.Kalau ianya senang , Malaysia akan
dilimpah berjuta-juta orang jutawan dan tiadalah orang miskin dimuka
bumi.
Oleh kerana , idea 'Syiok Sendiri' atau bagi 'Orang Syiok' ini
tidak dirasai oleh setengah2 penguasah jamming semasa membuka syarikat
ini , tetapi impaknya adalah begitu besar sampai boleh membinasakan
syarikat anda.Berapa kali anda berfikir untuk membeli aksesori2 muzik
yang berkualiti untuk menaik taraf jamming studio anda, supaya kawan2
dan pelanggan2 anda boleh bermain dengan puas hati? Adakah anda berfikir
jika aksesori ini rosak, adakah kawan2 dan pelanggan2 anda
mengantikannya secara sukarela?Jika mereka enggan mengantikannya, Untuk
mengatasi masalah ini anda tak perlu mengantikannya dengan jenama yang
branded sangat, sekadar ada bunyi keluar dah cukup la...lol! Bukan kata
kita tak pentingkan kualiti atau mutu bisnes jamming tetapi setengah2
pelanggan tak 'deserve' mendapat barang2 yang bermutu tinggi kerana
mereka langsung tak sayang atau prihatin dengan barang2 anda.Oleh sebab
itu ,bisnes ni kena ada sekurang-kurang 2 bilik jamming, dimana satu
sewa murah-ciplak punye barang , satu sewa mahal -barang bermutu.Kalau
boleh jangan kasi drum stick , biar mereka beli krana kerap kali mereka
patah drumstick tapi tak mengaku.Menjual drumstick juga dapat menjana
pendapatan kepada bisnes anda.Cubalah anda mengambil langkah pertama
untuk merealisasikan 'musik showroom' supaya ia dapat memberi anda lebih
rezeki lagi.Jangan sekadar bergantung kepada pendapatan sewa aje,
kerana ini memang tak dapat menambung anda.Selagi tidak membuka minda
dan mencuba ambil risiko untuk melabur dalam muzik showroom , anda tak
mungkin berkembang bisnes anda menjadi korporat disuatu hari
kelak.Renunglah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju 100%
ReplyDelete