Salam Sejahtera! Apa Khabar semua? Saya
harap hang sihat walafiat.Adakah artikel 'Jamming Survival part 1' dapat
memberi panduan kepada anda semua untuk terus bergiat dalam bidang
-Jamming Studio? Adakah cara- cara yang saya kemukakan , hang dah
bermula strategi untuk memberi peluang kepada Konsep 'Jamming Survival'?
Ataupun hang masih duduk disana berangan-angan menjadi berjaya tanpa
melakukan apa2 perkara yang drastik.
Sebenarnya setiap orang
mempunyai kebolehan masing2, cuma apa yang membezakannya adalah
implikasi terhadap sesuatu perkara.Setiap usahawan kena mempunyai
prinsip2 yang kukuh iaitu memberi satu visi atau target untuk sesuatu
perkara.Contohnya jika sesuatu budget telah ditetapkan untuk membeli
sesuatu produk maka budget itu kena digunakan dengan sepenuhnya apabila
tariknya matang.Tetapi adakah anda berfikir , apa produk yang dapat
menjana pendapatan dengan pantas? Contohnya kalau mu beli produk A
dengan modal bernilai RM 500 dan mu akan menjualnya dengan RM 700 , maka
keuntungan RM 200 untung bersih telah berlaku.Apabila keuntungan bersih
berlaku , produk yang telah dijual kena di stok up lagi.Dengan secepat
mungkin produk A kena ada dikedai untuk kali kedua kerana produk A yang
telah dijual telah menjadi bahan publisiti atau reference kepada orang
ramai.Bila produk A telah dijual ditangan pelanggan, ia akan menjadi
satu promosi dipasaran.Jika produk A tidak di stock up , maka produk A
telah dijualkan denga sia-sia walaupun mempunyai keuntungan RM 200
kerana keuntungan ini tak akan menjadi berpanjangan kerana produknya
tidak di stock up dengan konsisten.Ada besar kemungkinan pelangan2 lain
akan kembali membeli produk A kerana mereka melihat produk A di pasaran.
Selain
daripada itu , anda kena memastikan bahawa perlaburan untuk membeli
produk bukannya semata-mata untuk menjadi barang sewaan.Ia boleh disewa
dan dijual.Dengan ini produk akan menjadi profit turn over dengan
cepat.Segala produk di jamming studio boleh disewa dan dijual kerana
produk dijamming studio telah menjadi display set yang complete.Sekira
pelanggan nak beli maka mu kena ambil stock dari supplier tanpa menjual
set di dalam studio.Ini juga satu cara yang dapat konsep 'win win
situation'
Oleh itu konsep 'Jamming Survival' ini mempunyai banyak
aspek untuk menjadikan anda berjaya dibidang ini selain dari menyewa
alat-alat instruments.Sekira anda sebarang pertanyaan , sila talipon I
di 019-2212595.I sudi menolongmu sampai berjaya.Rock and Roll!Sekian
Terima Kasih.,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment