Salam sejahtera kepada tuan-tuan dan
puan -puan.Apa khabar semua? Lama tak jumpa dan I ingin mengucapkan
Selamat menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan saya yang
mengikuti blog I .Disini I harap hang semua sihat walafiat .Hari ini I
ingin menjelaskan topic -
Apakah itu Guitar Ori,Tiruan, Replica dan Copy?
Sejak kebelakangan ini , semenjak negara China telah membuka pintunya
kepada dasar ekonomi baru dan revolusi industrinya telah berkembang
dengan pesat.Kamu boleh lihat China telah membeli syarikat2 gergasi
antarabangsa seperti Volvo , Hummer dan sebagainya.Fenomenan ini telah
berlaku dengan spontenous dimana negara China telah membina satu empayar
yang begitu besar dimana satu hari kelak negara China mampu membeli
satu negara seperti Singapura ,Laos ataupun Vatican City.Kenapa
fenomenan ini telah berlaku ? Terdapat banyak faktor-faktor yang
menjadinya begitu kukuh dan kuat.Faktor minda , tenaga , politik ,
pendidikan ,sains dan sebagainya telah memberi sumbangan diatas kesemua
ini.Kejayaan menghantar angkasawan dengan pesawat 100% buatan negara
China keangkasa lepas pada tahun 2003 , kejayaan penganjuran Olimpik
2008 , kejayan gagasan ekonomi dari tangga ke- 15 (10 tahun lepas)
melonjak ke tangga ke-2 (tahun 2010) , kebangkitan barang2 buatan China
seperti Haier , Lenovo ,Cherry dan sebagainya .Alamak hang jangan salah
faham , I tidak mengagung -agungkan barangan buatan China tetapi
realitinya barang buatan China telah membolehkan ramai golongan
sederhana dan miskin mampu memilikinya di negara2 dunia ketiga.Adakah
anda ingat , 20 tahun lepas di Malaysia, sesiapa yang memiliki kasut
Adidas dan Nike , memanglah kaya ,memiliki televisyen 29 inchi kira
orang berada la tu , bermain racket Yonex kira anak saudara Misbun Sidek
la tu , bermain gitar Ibanez kira power siul.....hahaha! Satu pasang
kasut Adidas dan Nike pada masa tu paling murah pun RM 400 (buatan USA
or Mexico) , Raket Yonex -RM 300-500 (Buatan Jepun) , guitar Ibanez
paling murah pun RM2000 (buatan Jepun atau Korea),masa tu RM 300 macam
skrang punye RM 800 , RM 2000 macam RM4000 (angaran).Tapi pada hari ini ,
hampir semua orang di Malaysia mampu memiliki barang2 dan jenama2
sebegini.Kenapa? Krana negara China- buruh yang murah , membuat sesuatu
produk dengan besar-besaran.Walaupun kualitinya tak setanding barang
buatan USA atau Jepun tetapi buruh yang murah dari China , ia telah
memaksa semua syarikat antarabangsa supaya menurunkan harganya dan
pindah kilang2 mereka ke negara China. Tahukah anda betapa lamanya kita
telah membeli barang2 yang mahal dari Jepun dan USA padahal sumber
semulajadi seperti getah , kayu , bijih timah datangnya dari Malaysia.
Balik ke topic yang ingin I cerita , Apakah itu Made in China -Guitar Ori ,Tiruan, Replica dan Copy?
Sejak tahun 90an kilang2 guitar di China telah mendapat perihatian dari
syarikat2 gitar antarabangsa seperti Fender , Gibson ,Martin
,Taylor,Yamaha, Takamine,ESP, Ibanez dan lain2.Kemampuan buruh China
membuat gitar dengan harga yang begitu murah dan berkualiti telah
menjadi faktor utama dimana jenama2 besar ingin melabur di kilang2
tersebut. Kebanyakan luthier2 (pereka gitar) gitar di China adalah
bermula di kawasan pendalaman seperti kampong2 dan rumah2 setinggan.Oleh
kerana kesungguhan dan ketekunan oleh Luthier2 tempatan , mereka
belajar dan berkembang menjadi satu industri gitar gergasi.Syarikat
gitar2 dari USA, Eropah ,Jepun,Korea menghantar Luthier mereka ke China
supaya boleh melatih mereka membuat jenama mereka disamping 'cut cost'
untuk syarikat mereka.Dengan perkembangan industri ini dan sambutan yang
hangat dari luar negara (demand)kerajaan negara China bercadang memberi
dana dan melabur di syarikat2 gitar dan piano di China.Kerajaan China
juga melabur di banyak kilang2 gitar dan piano di USA dan UK supaya
dapat membawa syarikat China ke arena dunia.Salah satu jenama yang
dilabur oleh Kerajaan China adalah -Guangzhou Pearl River Piano dan hari
ini GuangzhouPearl River Piano adalah sebuah syarikat piano yang
terbesar didunia dan setiap tahun ianya menjual beribu-ribu piano di
China dan dunia.Kilang China membuat drum yang terkemuka iaitu -Baojia
mampu generate RM50 juta sales setahun dan mereka bertanggungjawab
membuat drum seperti Tama, PDP , Ludwig , Peavey dan lain-lain.
Sebenarnya dari tahun 40 dan 50an , Jepun juga telah bikin banyak gitar
replica dan copy dari USA dan UK. Jenama seperti Aria , Tokai ,Ibanez
,Takamine ,Yamaha telah meniru banyak teknologi dari Amerika Syarikat
dan UK.Sememangnya asal gitar adalah dari Sepanyol iaitu 'Classical
Gitar' tetapi ahli sejarah mengaku alat instruments guitar adalah
berasal dari India iaitu -'Sitar' dan adakah alat instruments gitar ini
adalah copy dari 'Sitar' dan dikatakan 'Gitar' adalah sejenis alat
instrumen tiruan ataupun replika kepada sitar? Jawapannya adalah
-tidak.Gitar itu bukan barang tiruan , ia cuma tiru rekabentuk dan bunyi
dari 'Sitar ' dan dimodify jadi 'Gitar' .Barang Tiruan bermakna ia
meniru jenama, rekabentuk,logo,harga, negara asal sesuatu barangan.
Tetapi didunia yang semakin globalisasi, ramai usahawan ingin tiru
jenama 'branded' yang telah establish supaya mereka dapat mengait
keuntungan yang cepat seperti brand 'Pensonic' dan 'Panasonic' atau
'Mcdonald' dan 'McCurry' ,mereka tahu kalau ingin nak establish sesuatu
brand yang baru ia mengambil jangka masa yang panjang.Fenomena ini
dipanggil -Kreatif
dan adakah ini salah disisi undang2 ? Jawapannya -Tidak.Biar I beri
beberapa contoh gitar brand yang cuba copy yang lain seperti 'Craftman' dijadikan 'Craftsman' , bezanya 1 's' aje.Ataupun gitar 'Musicman' - 'Musikman' beza 1 'k' aje , 'Santanna' jadi 'Santannu' bezannya 1 'u' aje ataupun copy artist ataupun penyanyi yang famous - Jim Morrison -gitar brand -'Morrison' , Eric Clapton -guitar 'Clapton'.Adakah
ini salah disisi undang2 di Malaysia? Jawapannya -Tidak. Tidak adalah
kerana adanya manupulasi diatas brand2 seperti ini dan dijadikan brand
persendirian seperti yang dikatakan tadi -'Pensonic' -'Panasonic' , pelanggan tetap beli 'Pensonic', malah jenama 'Pensonic'
telah menjadi sebuah syarikat yang begitu besar di Malaysia , ia telah
listed di Bursa Saham KL.Kembali ke gitar brand tadi -Bila perkara ini
berlaku , usahawan gitar yang meniru brand ini telah mengexploitasi
peluang ini untuk menumpang glamour kerana cume 1 spelling aje yang
berbeza ataupun disengajakan spelling yang lebih.Dengan membuat demikian
,syarikat original United Kingdom 'Craftman' tidak dapat sue brand
'Craftsman' kerana ia tidak meniru 100% ayatnya.Guitar2 sebegini adalah
dikatakan ori -brandnya sendiri, tiada copy atau tiruan berlaku.Ia cuma
menjadi tiruan jikalau ia copy 100% logo , jenama dari segi spelling
,rekabentuk , bunyi (biasa susah ditiru), negara pengeluar ,motto,
slogan dan aksesorinya dan dijual dengan harga ori.Jika fenomena ini
berlaku ia dipanggil -Tiruan
ataupun Tipu.Jikalau guitar ini copy 100% logo , jenama dari segi
spelling ,rekabentuk , bunyi (biasa susah ditiru) dan aksesorinya dan
dijual dengan harga murah (kurang2 50 % murah) ia dipanggil -Replica ataupun Copy
dan tak semestinya replica ini adalah gitar tipu kerananya tetap boleh
dimain dan ada bunyi ...Jikalau ia adalah barangan replica , ia patut
dijual lebih murah dari yang ori.........lol! Seperti Petaling street
menjual barangan Louis Vutton, Dolce Gabbana , Armani , Gucci dan
sbagainya.Kalau gitar replica yang dijual tu tak keluar bunyi ataupun
dibuat dari plastik -maka ia dipanggil tipu...lol! Biasanya guitar
replica telahpun berada didalam pasar dunia sejak 1950 dimana syarikat
guitar Jepun Tokai telah meniru Guitar Gibson dari segi rekabentuk ,
bunyi dan aksesorinya dan peniruan ini telah menyababkan Gibson USA rugi
berjuta-juta yen kerana gitar Tokai berupaya bersaing dengan Gibson USA
di Jepun.Dari segi bunyi dan rekabentuk , Tokai mempunyai 80-85 %
kesempurnaan gitar Gibson USA.Syarikat Tokai telah memonopoli gitar Les
Paul di Jepun dan syarikat Gibson USA tidak dapat lagi mendapat
perhatian diJepun.Dengan itu Gibson USA telah membawa kes ini ke
Mahakamah Jepun supaya dapat menuntut kerugian atau hak-hak patterned
reka bentuk Gibson , akan tetapi logo yang digunakan oleh Tokai keatas
gitar Les Paulnya bukannya Gibson USA dan Tokai menggunakan
namanya-Tokai , maka mahakamah Jepun telah memutuskan Tokai tidak
bersalah dari segi undang2.Pihak Gibson USA telah mengambil tindakan
mahkamah ke atas syarikat Tokai Jepun beberapa kali tetapi gagal kerana
tidak relevan di negara Jepun:http://en.wikipedia.org/wiki/T%C5%8Dkai_GakkiC5%8Dkai_Gakki
Tokai juga membuat gitar Fender replica-Tokai Silver Star dimana Steve Vai
pernah mengguna gitar Tokai Silver Star di persembahan beliau.Beliau
begitu kagum dengan kejayaan Tokai yang dapat meniru Fender malah
dikatakan lagi licin dari Fender.Selepas insiden tersebut , syarikat
Fender USA dengan sikap berbuka hati dan bercadang untuk melabur di
Jepun untuk membuat gitar Fender Jepun.Kontrak pertama diberikan adalah
kepada Syarikat Tokai Jepun.Sehingga sekarang Tokai Jepun membina guitar
Fender Jepun.Disinilah dikatakan gitar ori , replica dan
tiruan.Sebenarnya didunia muzik , tiada apa yang dikatakan tiruan kerana
muzik adalah sesuatu bidang yang berlainan dari yang lain kerananya
meliputi bunyi dan suara.Bagaimana anda nak katakan suara orang lain
sama dengan suara kamu dan kamu kata dia tiru suara atau bunyi kamu?
Bolehkan kamu membawa kes (suara serupa) ke mahkamah?Jikalau Tokai Jepun
boleh membina sebiji gitar Les Paul ataupun Fender yang bunyinya lagi
power dari Gibson dan Fender USA , apa salahnya? Ataupun jikalau satu
hari negara China ataupun Malaysia juga dapat membina sebiji gitar Les
Paul atau Fender yang sama bunyi dengan Gibson dan Fender USA ataupun
Tokai Jepun , apa salahnya?Jikalau negara2 Asia seperti China ,
Korea,Jepun dan Indonesia berupaya meniru bunyi atau rekabentuk gitar2
mat salleh dengan begitu relevan dan dijual dengan murah , maka ia
membolehkan ramai gitarist di serata dunia bermain gitar2 berkualiti
dengan harga yang rendah.Ini adalah berita yang baik.Jikalau pihak USA
ataupun UK nak sue mereka,ini bermakna India juga akan sue USA ,
Sepanyol dan UK krana instrumen gitar ini adalah berasal dari India
semenjak beratus tahun dulu iaitu instrumen 'Sitar"?Renunglah.
Fender Strat Headstock and Tokai Strat Headstock
Tokai Les Paul Headstock and Gibson Les Paul Headstock
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment